133) BANTUAN KEPADA PEKEBUN-PEKEBUN

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu pekebun-pekebun sayur membaharui permit penggunaan tanaman di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan di sebahagian kawasan Kampong Sungai Kelambu? i) Sila menyatakan tapak tanah Kerajaan yang di buka untuk tujuan tanaman sayur-sayuran di Daerah Kuala Langat dan Sepang? ii) Apakah jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu para pekebun yang memainkan peranan sebagai perangsang ekonomi Negeri?

    Klik jawapan »

133) SAHAM SILK HOLDING BERHAD

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan negeri mempunyai sebarang saham SILK Holding Berhad dan apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri di dalam syarikat tersebut?

    Klik jawapan »

133) PENJUALAN ASET MILIK KERAJAAN NEGERI DAN ANAK SYARIKAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan aset milik Kerajaan Negeri dan anak syarikat yang telah dijual pada tahun2015?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah nilai yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri hasil dari penjualan tersebut?

    Klik jawapan »

133) BANTUAN KEWANGAN KEPADA MASJID DAN SURAU

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan masjid dan surau yang menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan untuk tujuan menaiktaraf/pembaikan mengikut DUN masing-masing.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan status permohonan dana untuk pembinaan Masjid di Taman Sutera, Kajang

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan status projek menaiktaraf surau Taman Bukit Belimbing ke masjid

    Klik jawapan »

133) ISU BABI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan telah mengumumkan Projek Ternakan Babi sebanyak RM100 juta di Tumbuk Darat Kuala Langat tetapi mengapakah Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada tidak bertanggungjawab dan menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional. Bukankah kerajaan semasa bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan kelulusan dan pembatalan sesuatu projek semasa tersebut.

  2. Mengapakah kerajaan boleh menangguhkan projek-projek bagi pembinaan sekolah rendah agama yang belanjanya jauh lebih keeil dan menjadi keperluan rakyat yang telah diluluskan secara runding terus sedangkan projek babi diluluskan dan diteruskan.

133) TABUNG CEGAH JENAYAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri ada bercadang menubuhkan Tabung Cegah Jenayah dengan meminta sumbangan pihak pemaju swasta sebagai melaksana tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bagaimanakah status tabung tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah pemaju yang telah menyumbang dan berapakah nilai sumbangan mereka?

  3. Apakah bentuk-bentuk program yang akan dibiayai oleh tabung ini?

134) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan nama syarikat yang terlibat dalam Projek Pembersihan Sungai Klang dan berapa peratusan kerja telah disiapkan serta dijalankan di tapak tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jadual kerja Projek Pembersihan Sungai Klang dan bilakah projek ini dijangkakan akan disiapkan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah mekanisme yang diwujudkan bagi memastikan Projek Pembersihan Sungai Klang dapat dilaksanakan secara telus serta bertanggungjawab kepada rakyat?

    Klik jawapan »

134) Penukaran Terma Dan Syarat Untuk Bantuan Kiss Atau Peduli Sihat

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Mengikut piawaian Kerajaan Negeri Selangor bagi definasi pendapat kasar B40 bawah Selangor adalah RM 6,180 dan kebawah. Berdasarkan piawaian ini, adakah Kerajaan Selangor boleh mempertimbangkan penukaran terma dan syarat pendapatan untuk KISS / Peduli Sihat di sesetengah kawasan bandar?

    Klik jawapan »

134) APLIKASI MY SELANGKAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah premis yang telah menggunakan aplikasi My Selangkah mengikut kawasan PBT di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah pengguna yang telah menggunakan aplikasi ini?

    Klik jawapan »

134) BANTUAN AKTIVITI PERSATUAN BELIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan tahunan kerajaan negeri kepada persatuan-persatuan belia?

  2. Berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada Majlis Belia Selangor dan Majlis Belia Daerah-Daerah?