134) PRESTASI AHLI-AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Ahli-ahli majlis yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri pada 1 Julai 2008 akan menamatkan sesi perkhidmatan mereka pada 30 Jun 2009. Bagaimanakah cara penilaian (KPI) yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap prestasi Ahli-ahli Majlis di semua Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Bagaimanakah keputusan keseluruhan prestasi Ahli-ahli Majlis ini dan bagaimana pula tempoh perkhidmatan mereka pada masa akan datang?
-
Apakah perbezaan penilaian ini berbanding pada sesi lalu ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional?
134) TANAH KOSONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Berikutan arahan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa tanah-tanah kosong di bawah PBT dan Majlis Daerah hendaklah dimanfaatkan, maka saya dengan ini memohon agar disenaraikan tanah- tanah kosong yang belum diusahakan yang terdapat dalam DUN Sg Ramal.
134) PROJEK KEBUN KERANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Minta YAB menjelaskan: i. Adakah kerajaan negeri akan meneruskan projek kebun kerang di sepanjang pesisir pantai Selangor? ii. Berapakah jumlah keluasan dan hasil yang diperolehi mengikut Tahun 2010 hingga 2014?
134) BIASISWA KEPADA PELAJAR IPTA /IPTS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kepada kerajaan pusat sedang memotong biasiswa kepada pelajar IPTA/IPTS. Adakah Kerajaan Negeri mengambil tindakan positif untuk membantu pelajar anak Selangor?
134) KILANG TANPA IZIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kilang tanpa izin (KTI) mengikut pihak berkuasa tempatan
-
Senaraikan KTI yang telah berdaftar dalam program pemutihan KTI
-
Senaraikan KTI yang telah berjaya mendapat kelulusan dan sebaliknya.
134) GRADUAN UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik graduan UNISEL dari 2016-2018 mengikut kursus yang diambil.
-
Apakah pembaharuan Kerajaan Negeri untuk membantu graduan dari UNISEL?
134) STATUS PEMASANGAN SOLAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pemasangan solar atas bumbung di bangunan-bangunan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan?
-
Berapa bangunan Kerajaan Negeri yang masih belum dipasang solar?
134) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Penyelenggaraan jalan di MBSA adalah sekitar RM5 juta setahun berbanding pendapatan tahunan sekitar RM210 juta. Huraikan kenapakah belanjawan untuk penyelenggaraan ini kecil berbanding pendapatan yang diperolehi?
-
Berikan penjelasan kenapakah tidak dibuat kajian menyeluruh di semua PBT supaya peruntukan secukupnya disalurkan untuk penyelenggaraan parit dan jalan
-
Sila jelaskan apakan kriteria utama yang ditimbangkan sebelum sesuatu PBT meluluskan belanjawan penyelenggaraan
134) BANTUAN KEPADA BELIA DAN RAKYAT YANG TIADA PEKERJAAN TETAP
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada mekanisma yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi penduduk yang tiada pekerjaan tetap atau pun para belia untuk membantu mereka seperti projek penternakan, projek usahawan, projek buka tanah untuk pertanian dan sebagainya?
134) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan seperti yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
-
Apakah sebab-sebab kelewatan dalam perlaksanaan pilihanraya Kerajaan Tempatan ini memandangkan Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan pilihanraya ketua kampung?
-
Berapakah anggaran kos untuk perlaksanaan pilihanraya Kerajaan Tempatan?
