136) REFORMASI PENGURUSAN TANAH SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah reformasi pengurusan tanah yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan dan pengurusan tanah lebih efisien dan berdaya saing

  2. Apakah masalah utama yang dikenal pasti dalam pengurusan dan pembangunan tanah di negeri Selangor?

136) HOSPITAL AWAM UNTUK PETALING JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Mengapa Kerajaan Negeri bersetuju untuk menghapuskan keperluan pembinaan hospital kerajaan atas tanah Kontena Nasional di Petaling Jaya?

  2. Adakah cadangan pindaan kenyataan bertulis RTPJ2 ini melalui proses publisiti dimana orang ramai boleh mengemukakan bantahan?

  3. Jika ya, bila?

136) PELANTIKAN AHLI LEMBAGA GLC SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan Ahli Lembaga seluruh GLC milik Kerajaan Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan tarikh mereka dilantik dan tamat tempoh perlantikan

  3. Senaraikan juga jawatan mereka dalam GLC, gaji, bonus yang diterima, elaunelaun serta lain-lain imbuhan yang pernah diterima

136) BAS DAN WIFI PERCUMA SELANGOR DI KAWASAN DENGKIL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis


  1. Adakah terdapat rancangan untuk melebarkan liputan bas percuma SMART Selangor ke kawasan lain, contohnya seperti di Pulau Meranti dan Putra Perdana di Dengkil, yang berkepadatan tinggi?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos keseluruhan yang ditanggung Kerajaan Negeri untuk membiayai inisiatif Bas Percuma dan berapa ramaikah yang sudah menikmati perkhidmatan tersebut setakat ini?

    Klik jawapan »

136) PUNCA BANJIR DI DUN SUNGAI PANJANG, SUNGAI BESAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan drastik yang diambil untuk menangani masalah banjir yang berlaku dari FR5-Pekan Sungai Besar sehingga Pasir Panjang?

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca sekiranya berlaku banjir kilat di kawasan luar bandar ini?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan status sistem perparitan di kawasan DUN Sungai Panjang?

    Klik jawapan »

136) PASIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah luas kawasan yang terlibat dalam aktiviti perlombongan pasir di DUN Permatang?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dari kawasan DUN Permatang sendiri?

    Klik jawapan »

136) PENYELIDIKAN DI UNISEL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan tajuk-tajuk penyelidikan yang sedang dan telah dilaksanakan di UNISEL yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

  2. Nyatakan jumlah peruntukan bagi setiap penyelidikan tersebut

136) PENGURUSAN SISA PEPEJAL INDUSTRI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah kaedah pengurusan sisa pepejal industri di semua PBT?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah kaedah pengurusan sisa pepejal industri yang bertoksid dan merbahaya?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam konteks pengurusan sisa pepejal industri secara holistik?

    Klik jawapan »

136) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD (KSSB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan nama-nama syarikat yang berniaga dengan KSSB berserta dengan maklumat yang terperinci.

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan nama-nama syarikat yang berhutang dengan KSSB dan jumlahnya

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap syarikat-syarikat yang enggan menjelaskan hutangnya?

    Klik jawapan »

136) MASALAH PENGHADANG JALAN/TEMBOK DI JALAN KELUAR/MASUK ANTARA BANDAR MAHKOTA CHERAS DAN LEBUHRAYA CHERAS-KAJANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah anggaran pemilik premis mengikut PBT & PTD yang terlibat dalam menghadapi masalah ini?

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?