137) WIFI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah perkembangan isu Wifi percuma yang sedang dan akan dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor?
137) KEMUDAHAN LIF
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Terdapat aduan di Pelabuhan Klang lif telah rosak berbulan-bulan sehingga menyusahkan penghuni terbabit. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang kembali?
-
Apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri untuk membantu penghuni terbabit dalam menyelesaikan permasalahan ini?
-
Selain dari Badan Pengurusan Bersama, pihak manakah yang bertanggungjawab untuk memastikan lif dapat di selenggara dan dibaik pulih dengan baik?
137) SISTER IN ISLAM (SIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap SIS yang masih aktif walaupun telah difatwakan haram oleh MAIS pada 2014?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan pergerakan SIS tidak menganggu gugat keharmonian di negeri ini?
137) PERUMAHAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar kerajaan negeri bagi penyediaan rumah di kawasan luar bandar?
-
Nyatakan lokasi dan bilangan unit rumah luar bandar yang dibina negeri tahun 2008-2013?
-
Apakah kriteria dan cara pembelian perumahan tersebut?
137) MASJID SUNGAI RAMAL DALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
-
Pembinaan masjid baru di Kampung Sungai Ramal Dalam yang berskala besar kini tertangguh disebabkan kekurangan dana. Sekiranya projek ini terbengkalai ini akan mengakibatkan kacau ganggu kepada kawasan kampung. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan projek yang besar ini daripada menjadi sebuah projek terbengkalai?
137) PERHENTIAN BAS SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan perhentian bas Shah Alam?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pembinaan siap mengikut jadual?
137) PERPINDAHAN PENIAGA-PENIAGA PASAR BASAH SELAYANG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Perancangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyusun semula pembangunan di kawasan Selayang Baru adalah sesuatu yang baik demi kepentingan penduduknya. Namun demikian, pembinaan pasar baru yang akan menempatkan peniaga-peniaga yang buat masa ini berniaga dalam kawasan pasar basah Selayang telah menimbulkan banyak rungutan dan keputusan ini seharusnya dipertimbangkan semula. Apakah rasional Pihak Berkuasa Tempatan membina bangunan baru sedangkan pasar basah sedia ada boleh dinaiktarafkan dengan memberi perhatian kepada susun atur dan aspek-aspek utiliti yang sempurna dan kemas
-
Sejauh manakah kemudahan pasar baru ini dijangka mampu membantu peniaga-peniaga tradisi ini dari aspek meningkatkan ekonomi mereka dan pengunjung terutamanya suri rumah yang sudah berusia dari segi keselesaan
-
Bagaimanakah perancangan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan projek pembinaan pasar baru ini tidak akan menjadi ÕGajah PutihÕ sebagaimana yang dialami di kebanyakan kawasan yang sudah pun melaksanakan projek yang serupa
137) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Sila berikan bilangan projek rumah Selangorku yang habis dijual dan bilangan projek yang tidak dapat habis dijual?
137) SISTEM TALIAN ADUAN RAKYAT SELANGOR (STAR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah pengaduan mengikut pecahan kategori (Infrastruktur, Perkhidmatan, etc) pada 2014?
-
Sila nyatakan jumlah pengaduan semasa mengikut kawasan pada 2014?
-
Sila nyatakan jumlah pecahan pengaduan yang diterima mengikut saluran (E- Aduan, Email, kaunter, etc) pada 2014?
137) KES DEMAM DENGGI, ZIKA DAN CHIKUNGUNYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pecahan kes demam denggi, zika dan chikungunya mengikut daerah dan apakah langkah bagi mengurangkan kes-kes ini?
