137) SEKOLAH PENDIDIKAN RENDAH AGAMA JAIS KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan segera kerajaan negeri untuk sekolah pendidikan rendah agama Kuala Langat di Kancong Darat ,keadaan bangunan yang tidak selamat dan bumbung yang hampir runtuh?
137) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah aktiviti-aktiviti yang menarik pelancong telah dan akan diadakan di peringkat negeri dan daerah sempena Tahun Melawat Selangor 2015?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan kawasan pelancongan di Selangor sentiasa dalam keadaan bersih?
137) PERKHIDMATAN BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR OLEH SYABA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Sepanjang pentadbiran kerajaan baru di negeri Selangor berlaku 2 kali gangguan putus bekalan air di kawasan Kuala Langat dan yang terlibat di daerahdaerah lain yang amat kritikal dengan tidak memberi notis yang cukup oleh pihak bertanggungjawab. Adakah kerajaan sedar perkara ini berlaku 2 kali dalam jangka waktu tidak sampai setahun?
-
Apakah penambahbaikan yang dilaksanakan untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air ini supaya tidak kerap berulang?
-
Mengapa pihak Syabas gagal memberi notis awal contohnya kejadian yang berlaku khasnya di Kuala Langat pada 14 Februari 2009 yang lalu?
137) MENGUPAYAKAN SYARIKAT TEMPATAN DALAM RANTAIAN BEKALAN GLOBAL INDUSTRI AEROANGKASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu syarikat Aeroangkasa tempatan meningkatkan keupayaan di dalam rantaian bekalan global dan seterusnya berpotensi menjadi pembekal utama (Tier 1) kepada syarikat global OEM Aeroangkasa?
137) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Senaraikan pengusaha-pengusaha program ÒHomestayÓ di seluruh negeri Selangor
-
Juga nyatakan perangkaan jumlah pelancong mengikut negara asal yang menikmati program ini sejak tahun 2008 serta hasil pendapatan daripada program ini kepada negeri Selangor.
137) KESELAMATAN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri melalui PBT ada memasang kamera pengawasan di kawasan-kawasan panas kegiatan jenayah. Adakah inisiatif ini benar-benar dapat mengurangkan kadar jenayah?
-
Nyatakan statistik kesalahan jenayah jalanan mengikut PBT tahun 2008 dan 2009?
137) PEMASANGAN WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian terkini mengenai pemasangan WIFI Selangorku di setiap DUN?
-
Adakah perlaksanaan tersebut dapat dipercepatkan?
-
Adakah kerajaan bersedia untuk menggunakan produk teknologi baru yang mengintegrasikan lampu jalan LED, CCTV dan WIFI bagi menjimatkan kos pemasangan?
137) Kadar Pengangguran Di Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah individu yang hilang pekerjaan di negeri Selangor akibat pandemik covid-19 sehingga kini?
-
Dari jumlah tersebut sila nyatakan jumlah individu yang telah berjaya mendapat pekerjaan sehingga kini melalui system profiling dan pengkalan data dibawah Selangor kerjaya?
137) PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU PROJEK RESIDENSI JAYA DI CHERAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah penyelesaian yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap masalah projek rumah Residensi Jaya di Cheras yang telah terbengkalai sehingga kini?
-
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemaju yang gagal melaksanakan projek tersebut?
137) CADANGAN MENAMBAHKAN PROGRAM FOODSTAMP SEBAGAI USAHA MENGURANGKAN TEKANAN HIDUP RAKYAT MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membuat penambahan bilangan penerima Program Foodstamp yang didapati 100 keluarga penerima bagi satu DUN adalah sangat kecil berbanding golongan miskin atau golongan terdesak jauh lebih besar?
-
Jika tidak, nyatakan rancangan alternatif Kerajaan.
