137) PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisma Kerajaan Negeri dalam menangani segala permasalahan Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah naungan JAIS yang peruntukannya jauh lebih rendah dari sekolah-sekolah kebangsaan?
137) PROGRAM KEBAJIKAN YANG TELAH DIMANSUHKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Didapati beberapa program kebajikan seperti SMUE, Kad Peduli Sihat, Air percuma dan lain-lain telah dimansuhkan atau dikurangkan jumlah penerima. Apakah sebab utama yang mengakibatkan perkara ini berlaku?
-
Bagaimanan usaha kerajaan untuk memberikan penjelasan kepada rakyat?
137) KARNIVAL KAMPUNGKU KESAYANGANKU TAHUN 2017
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kampung yang telah menjalankan program ini sepanjang tahun 2017
-
Adakah objektif pelaksanaan program ini dapat dicapai?
-
Bagaimanakah aspek fizikal dan spiritual program ini dapat diukur kejayaannya?
137) PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan baru dalam meningkatkan lagi pelaburan asing ke Selangor?
-
Berapakah penambahan peluang pekerjaan dari pelaburan asing di Selangor dalam tahun 2012?
-
Nyatakan jenis-jenis pelaburan utama yang memberi sumbangan kepada pendapatan Selangor
137) PERPINDAHAN PENIAGA-PENIAGA PASAR BASAH SELAYANG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Perancangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyusun semula pembangunan di kawasan Selayang Baru adalah sesuatu yang baik demi kepentingan penduduknya. Namun demikian, pembinaan pasar baru yang akan menempatkan peniaga-peniaga yang buat masa ini berniaga dalam kawasan pasar basah Selayang telah menimbulkan banyak rungutan dan keputusan ini seharusnya dipertimbangkan semula. Apakah rasional Pihak Berkuasa Tempatan membina bangunan baru sedangkan pasar basah sedia ada boleh dinaiktarafkan dengan memberi perhatian kepada susun atur dan aspek-aspek utiliti yang sempurna dan kemas
-
Sejauh manakah kemudahan pasar baru ini dijangka mampu membantu peniaga-peniaga tradisi ini dari aspek meningkatkan ekonomi mereka dan pengunjung terutamanya suri rumah yang sudah berusia dari segi keselesaan
-
Bagaimanakah perancangan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan projek pembinaan pasar baru ini tidak akan menjadi ÕGajah PutihÕ sebagaimana yang dialami di kebanyakan kawasan yang sudah pun melaksanakan projek yang serupa
137) JAMBATAN KE 3 KLANG SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah status dan perkembangan terbahru pembinaan Jambatan ke-3 Klang, Selangor?
-
Apakah kekangan dan masalah yang dihadapi oleh Jabatan Kerja Raya dan Kerajaan Negeri kerana kerja-kerja pembinaan tidak dapat siap sepenuhnya mengikut jadual asal?
-
Sila menyatakan perincian pecahan harga kos pembinaan dan kos pengambilan tanah yang terlibat
137) PROGRAM PENGURANGAN PELEPASAN GAS KARBON DIOKSIDA (ZERO NET CARBON EMISSIONS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah polisi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri bagi Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida (Zero Net Carbon Emissions)?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri supaya dapat melibatkan syarikat-syarikat di Negeri Selangor mengikuti Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida (Zero Net Carbon Emissions)?
137) AIRBNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah sampingan (kacau ganggu, trafik dll) yang berpunca daripada bisnes AirBnB?
137) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini DEIG?
-
Nyatakan semua nama, alamat dan pengarah urusan anak syarikat di bawah DEIG.
-
Nyatakan prestasi kewangan semua syarikat di bawah DEIG
137) KADAR BAYARAN AIR UNTUK KONDOMIUM DAN HARTA TANAH BERTINGKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan bilangan Kondominium dalam Negeri yang telah ditukar dari 'bulk' meter kepada meter individu oleh pihak Syabas
-
Sila nyatakan isu-isu guaman yang melibatkan migrasi meter air
-
Sila nyatakan jika terdapat jangka masa yang ditetapkan untuk migarasi meter air
