140) SAMBUTAN HARI IBU
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Tanggal 10 Mei diiktiraf sebagai Hari Ibu, sambutan turut diadakan pada peringkat negeri melalui Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan. Apakah pendekatan yang diambil Kerajaan Negeri di dalam menyambut `Hari IbuÕ?
-
Sejauh manakah pembelaan yang diberi terhadap ibu tunggal dan miskin?
-
Bagaimanakah penghargaan sepatutnya diberi kepada ibu-ibu yang berjaya membimbing keluarga?
140) TAMAN-TAMAN REKREASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar Kerajaan tentang perlu dan mesti wujudnya taman-taman rekreasi di setiap kawasan perumahan?
-
Senaraikan bilangan dan kos penyelenggaraan taman-taman rekreasi menurut PBT.
-
Berdasarkan KPI yang ditetapkan, nyatakan tahap keutamaan yang diberikan oleh setiap PBT terhadap penjagaan taman-taman ini.
140) SELANGOR LULUS MANSUH ISA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Selangor merupakan kerajaan negeri pertama di Malaysia yang membawa, membahas dan seterusnya meluluskan usul agar akta zalim ISA dimansuhkan. Langkah ini sekali gus meningkatkan usaha menentang akta zalim ISA daripada hanya dilakukan oleh NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) kepada satu usaha yang dimainkan oleh sebuah kerajaan negeri. Ekoran daripada pencapaian ini. Apakah program-program khas yang diluluskan sehingga kini oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor dalam meningkatkan lagi kempen menentang akta zalim ISA terutama programprogram penerangan serta pendidikan kepada rakyat khususnya yang melibatkan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di bawah akta zalim ISA?
-
Adakah peruntukan-peruntukan kewangan khas yang dikeluarkan bagi merancakkan lagi kempen-kempen menentang akta zalim ISA di peringkat DUN dan Parlimen dalam negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri Selangor boleh memberi peruntukan kewangan bagi menjayakan kempen menentang akta zalim ISA kepada NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
140) PUBLIC DRINKING POLICY (PDP)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Adakah PDP telah diwartakan di Selangor?
-
Apakah tindakan kepada pesalah laku tersebut?
140) JAJARAN PROJEK LEBUH RAYA PANTAI BARAT (WCE) LALUAN DARIPADA RAJA MUSA KE TANJONG KARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan laluan sebenar jalan jajaran daripada Projek WCE yang akan dilaksanakan daripada Raja Musa ke Tanjong Karang.
-
Senaraikan jumlah lot-lot tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah tersebut Êmengikut keluasan tanah dan mengikut kampung-kampung yang terlibat.
140) MIMBAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Mengapa program mikro kredit bandar MIMBAR digantung sepanjang tahun 2013 dan hanya dimulakan semula pada 2014?
140) KISS DAN PEDULI SIHAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meringankan beban golongan B40 yang layak tersenarai di dalam e-Kasih dan BSH tetapi tidak tersenarai sebagai penerima bantuan KISS dan Peduli Sihat seperti sebelumnya?
140) PEMBANTU KHAS KEPADA ISTERI DATOÕ MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Atas peruntukan peraturan manakah isteri MB diberikan seorang pembantu khas?
-
Apakah terma perjawatan pembantu khas?
-
Apakah kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada pembantu khas?
140) MASALAH PAIP AIR KERAP PECAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi masalah paip air masih kerap pecah di kawasan DUN Sentosa ?
140) HASIL PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah gagal mencapai sasaran hasil kutipan pasir yang disasarkan berjumlah RM150 juta setahun. Bagaimanakah cara pengiraan sehingga kerajaan negeri mendapat angka sasaran RM150 juta tersebut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengemukakan anggaran baru hasil pasir dalam setahun?
-
Apakah faktor Ð faktor yang menggagalkan usaha kerajaan negeri untuk meraih sasaran kutipan tersebut?
