139) STATISTIK PENGANGGURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan statistik terkini pengangguran di Selangor pada tahun 2015 mengikut sektor dan daerah.
139) PRESTASI KETUA KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Berharap supaya penglibatan ADUN sebagai penilai akhir berkaitan prestasi Ketua Kampung dapat diambil kira selain daripada Penghulu.
-
Memastikan penglibatan Ketua Kampung dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak DUN juga diambil kira sebagai nilai tambah kepada prestasi mereka.
139) MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
DYMM Sultan Selangor telah menitahkan agar masjid-masjid tidak dijadikan gelanggang berpolitik. Apakan langkah yang telah diambil untuk menguatkuasakan titah arahan ini?
-
Setakat ini adakah mana-mana masjid yang telah melanggar titah arahan ini dan sekiranya berlaku perlanggaran tersebut apakah bentuk pendakwaan dan hukuman yang boleh dikenakan jika seseorang itu didapati bersalah mengingkari titah arahan ini?
-
Apakah kerajaan bercadang untuk menghalang mereka yang aktif berpolitik agar tidak menyampaikan khutbah dan memberikan ceramah?
139) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan skim mesra usia emas ( SMUE ) bagi tahun 2019 sehingga September?
-
Berapa ramai jumlah penerima SMUE ini untuk program JOM SHOPPING tahun 2019?
139) STATUS MANIFESTO PRU 13
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci pelaksanaan manifesto PRU13 Pakatan Harapan.
-
Nyatakan perbelanjaan bagi melaksanakan manifesto tersebut.
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri ke atas manifesto yang belum dilaksanakan.
139) PEMBERIAN HAK MILIK TANAH YANG DIDIAMI MELEBIHI 15 TAHUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Di kawasan DUN Dusun Tua didapati banyak tanah-tanah yang tidak diberi hak milik walaupun telah menduduki melebihi 15 tahun.
-
Memohon kerajaan menjelaskan dasar, syarat dan peraturan yang berkuatkuasa mengenai perkara ini
139) PEMBINAAN KONDOMINIUM DI BATU CAVES
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah penyelesaian yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi kontroversi pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves?
139) SEKOLAH DI BAWAH SELIAAN JAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak kah sekolah rendah agama, KAFA dan lain-lainyang berada di bawah seliaan JAIS di Negeri Selangor?
-
Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan bagi membiayai sekolah-sekolah tersebut?
-
Apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi meningkatkan lagi pencapaian prestasi sekolah-sekolah tersebut?
139) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat rancangan untuk memperkasa dan memfokus kepada sekolah KAFA dan Sekolah Rendah Agama?
-
Berapa banyak tahfizkah yang telah ditutup kerana tidak menepati piawai?
139) PROJEK LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab dan faktor menyebabkan Kerajaan Negeri belum lagi memberikan kelulusan permohonan tanah bagi pembangunan ECRL bagi jajaran Pelabuhan Klang ke Gombak sejauh 60 kilometer?
