139) PENGURUSAN SAMPAH DOMESTIK DI KAWASAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berkenaan dengan pengurusan sampah domestik di kawasan kampung. Berapakah jumlah peruntukan bagi pengurusan tahunan?
-
Apakah peruntukan ini termasuk pengurusan sampah haram di kawasan kampung?
139) PROJEK MEMBAIKPULIH MASJID JAMEK PEKAN KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk penambahbaikan yang dilakukan terhadap Masjid Jamek Pekan Kajang? Sejauh mana pemantauan dibuat untuk memastikan projek berjalan mengikut jadual.
-
Berapakah kos yang terbabit dan bilakah jangkaan ianya akan disiapkan.
139) LAPORAN PERBELANJAAN PENGERUSI JKKKN/KETUA KAMPUNG NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Berapakah Elaun Ketua Kampung dan Berapakah Elaun mesyuarat Ketua Kampung ?
-
Berapakah Peruntukkan Ketua Kampung untuk program yang di jalankan oleh setiap kampung ?
-
Siapakah yang memantau perlaksanaan dan perbelanjaan tersebut serta apakah contoh program yang di jalankan ?
139) MASALAH HAKISAN LONGKANG PARIT 6 SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 terus berlaku?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran kos yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah hakisan tebing longkang Parit 6 secara tuntas?
-
Sila nyatakan kaedah penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut?
139) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah produk atau jenama Program MIMBAR?
-
Nyatakan apakah manfaat yang diperolehi kepada peserta Program TAWAS?
-
Apakah pencapaian kerajaan tentang Program Bantuan Pekerja Ladang?
139) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Siapakah ahli lembaga dan pengurusan kanan PKNS kini?
-
Nyatakan struktur, perjawatan, jawatankuasa-jawatankuasa dalam PKNS serta fungsinya?
-
Nyatakan anak-anak syarikat PKNS dan fungsinya?
139) ROYAL RAINMAKER PROJECT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Bertulis
-
Mohon nyatakan berkenaan 'Royal Rainmaker Project":
-
Berapakah kos terlibat.
-
Peratusan keberkesanannya.
139) KESELAMATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan ÒPolis KomunitiÓ?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri boleh menggerakkan penguatkuasa PBT bagi menjaga keselamatan kejiranan?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi program pemasangan CCTV di PBT seluruh Selangor?
139) PEKERJA-PEKERJA KONTRAK DI SUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah bilangan dan kategori penjawat-penjawat kontrak yang dilantik di bawah SUK?
-
Apakah rasional untuk melantik penjawat-penjawat kontrak ini dan adakah syarat-syaratnya untuk kerajaan Selangor akan menyerap mereka sebagai penjawat-penjawat tetap?
139) SEWAAN BANGUNAN OLEH SSIC BHD DAN YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS) DI PEJABAT I-CITY BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
-
Mengapa SSIC Bhd dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) perlu menyewa pejabat di I-City Bhd dengan kos yang tinggi sedangkan di Menara Perangsang Selangor masih banyak terdapat ruang pejabat yang lebih murah?
