141) PAPAN IKLAN “BILLBOARD” DAN PAPAN IKLAN DIGITAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang insiden keruntuhan "Billboard" yang telah berlaku di negeri Selangor?
-
Apakah garis panduan untuk memastikan "Billboard" yang dipaparkan adalah selamat?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula mengenai kesesuaian untuk membenarkan papan iklan digital dipasangkan di jalan raya?
141) MASALAH PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan pemansuhan status hutan simpan kekal keatas 930 hektar tanah di Kuala Langat Utara
-
Apakah pihak pembangunan tanah menerima permohonan baru dari pemaju projek yang sebelum ini telahpun di tolak oleh EIA kerana menjejaskan alam semulajadi?
141) KEMASUKAN PELAJAR KE KUIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar ke KUIS dari tahun 2010 hingga 2016 mengikut sesi.
-
Nyatakan faktor peningkatan dan penurunan jumlah pelajar yang masuk ke KUIS.
141) PEMBERSIHAN PARIT DI KAWASAN SAWAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Pembersihan parit di kawasan sawah dilakukan 4 kali setahun (setiap 3 bulan sekali), akan tetapi pembersihan parit di kawasan kampung hanya dilakukan 3 kali setahun (setiap 4 bulan sekali). Perkara ini menimbulkan ketidaksamarataan antara pembersihan parit di kawasan bendang ( sawah ) dengan pembersihanparit di kawasan kampung. Keadaan ini menyebabkan parit-parit saliran di kawasan kampung menjadi sebu, tiada air dan penuh dengan rumput dan semak. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pembersihan parit di kawasan kampung?
-
Berapakah kadar pembayaran pembersihan parit hari ini? Kerajaan negeri harus meningkatkan kadar pembayaran pembersihan parit yang dilihat hari ini sudah tidak sesuai dengan kadar peningkatan kos dan buruh
141) LAPORAN WANG MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pembahagian wang MARRIS kepada setiap PBT dan status perbelanjaan
-
Nyatakan jumlah pembahagian wang MARRIS kepada setiap PBT dan status perbelanjaan.
141) MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kelancaran mesyuarat agung dan proses pencalonan ahli jawatankuasa masjid secara umumnya di seluruh negeri Selangor?
-
Apakah perancangan yang dilakukan untuk mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau?
-
Apakah dasar kerajaan negeri terhadap bangunan-bangunan rumah kedai yang di gunakan sebagai tempat beribadat?
141) PETANI TERJEJAS AKIBAT COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan semakan terperinci terhadap petani yang terjejas akibat Covid19 dan berapakah jumlah mereka?
-
Nyatakan bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada petani yang terjejas.
141) PEMBANGUNAN SKUAD PELAPIS SUKAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah Inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membangunkan skuad pelapis bagi semua jenis sukan?
-
Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk pembangunan sukan pada tahun 2015?
141) STATUS KELULUSAN TANAH SEBAGAI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI BANDAR SAUJANA PUTRA JENJAROM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah status dan perkembangan terkini permohonan tanah sebagai RIBI oleh Persatuan Penganut-penganut Hindu Sri Sitti Vinayagar bandar Saujana Putra, Jenjarom? No rujukan fail di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat F8/1/441/2015 Mukim Tanjong 12 Bandar Saujana Putra
141) PEMBANGUNAN PULAU CAREY
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Setakat manakah Kerajaan Negeri mengetahui tentang pembangunan pelabuhan Carey Island yang bernilai RM200 bilion?
-
Apakah pandangan kerajaan negeri tentang pembangunan tersebut?
-
Sila jelaskan keadaan sekarang Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey
