141) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah lokasi Wifi Selangorku? Sila senaraikan mengikut daerah?
-
Sila senaraikan kontraktor yang membekalkan Wifi Selangorku sejak 2010 dan nyatakan sama ada tender terbuka diadakan dalam perlantikan kontraktor ini.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti Wifi Selangorku?
141) MASALAH PENCEROBOHAN HUTAN SIMPAN KEKAL KUALA LANGAT UTARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan pemansuhan status hutan simpan kekal keatas 930 hektar tanah di Kuala Langat Utara
-
Apakah pihak pembangunan tanah menerima permohonan baru dari pemaju projek yang sebelum ini telahpun di tolak oleh EIA kerana menjejaskan alam semulajadi?
141) PAPAN IKLAN “BILLBOARD” DAN PAPAN IKLAN DIGITAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang insiden keruntuhan "Billboard" yang telah berlaku di negeri Selangor?
-
Apakah garis panduan untuk memastikan "Billboard" yang dipaparkan adalah selamat?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula mengenai kesesuaian untuk membenarkan papan iklan digital dipasangkan di jalan raya?
141) PENYENGGARAAN JALAN-JALAN JKR NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyenggara jalan-jalan Jalan JKR Negeri di dalam kawasan luar bandar dalam tahun 2010?
-
Sila senaraikan projek-projek tersebut yang telah diluluskan pelaksanaannya dalam tahun 2010 mengikut kampung-kampung dan daerah-daerah di Negeri Selangor
141) PROGRAM MIMBAR DI DUN HULU KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab-sebabnya temuduga dan kelulusan permohonan MiMBAR diberhentikan?
-
Apakah pemberhentian ini menunjukkan bahawa program MiMBAR telah gagal?
-
Berapakah perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi melaksanakan program MiMBAR di seluruh Selangor dan di DUN Hulu Kelang?
141) KEMASUKAN PELAJAR KE KUIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kemasukan pelajar ke KUIS dari tahun 2010 hingga 2016 mengikut sesi.
-
Nyatakan faktor peningkatan dan penurunan jumlah pelajar yang masuk ke KUIS.
141) PREMIUM TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Didapati kadar premium tanah naik mendadak dalam kes di daerah Kuala Selangor. Bagaimanakah perkara ini terjadi dan apakah justifikasi kenaikan tersebut?
-
Apakah implikasi kenaikan tersebut terhadap rakyat?
-
Adakah kerajaan negeri terdesak dari segi kewangan sehingga hilang budi bicara terhadap rakyat?
141) KESELAMATAN DARI JENAYAH DAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah pelaksanaan sistem keselamatan kendiri di kawasan perumahan sebagaimana janji penggantian Rukun tetangga kepada sistem baru yang lebih berkesan?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan penguatkuasaan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir dilaksanakan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jenayah sosial yang berkaitan arak dan judi daripada berleluasa?
141) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek dan program yang telah dilaksanakan di bawah geran Selangor ku?
-
Apakah pecahan projek dan program tersebut mengikut 17 bidang yang ditetapkan?
-
Berapa banyak peruntukkan yang telah digunakan sehingga Jun 2012?
141) LAPORAN WANG MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pembahagian wang MARRIS kepada setiap PBT dan status perbelanjaan
-
Nyatakan jumlah pembahagian wang MARRIS kepada setiap PBT dan status perbelanjaan.
