Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
141) DASAR PENGASUHAN ANAK-ANAK GENERASI MASA DEPAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah Dasar KNS dalam menggalakkan kewujudan khidmat pengasuhan anakanak di rumah selain yang diwujudkan oleh Kerajaan Pusat di bawah pemgendalian JKM?
-
Apakah impak kepada khidmat pengasuhan atau program-program yang dijalankan setelah Dasar ini di laksanakan?
-
Nyatakan program-program yang telah dilaksanakan
142) PENYURAIAN TRAFIK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan jangka masa panjang dan pendek Kerajaan Negeri untuk penyuraian trafik di Selangor?
-
Nyatakan statistik jumlah pengguna jalan raya pada waktu puncak dan hujung minggu di Selangor?
143) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang sekarang?
-
Adakah sebab kekosongan jawatan pengurus besar Yayasan Selangor berpanjangan dan adakah jawatan itu telah diisi?
144) KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuka/membesarkan kawasan perkampungan tradisi Melayu?
145) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri terkesan dengan kemerosotan ekonomi negara semasa ?
-
Berapa banyak jumlah bayaran GST yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja kontrak yang ditawarkan ?
146) SARA HIDUP WARGA EMAS
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah warga emas di negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah warga emas yang mendiami pusat-pusat jagaan orang tua?
-
Adakah kerajaan bercadang memberi bantuan sara hidup untuk warga emas?
147) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian keberkesanan kempen tersebut?
-
Nyatakan perbelanjaan bagi melaksanakan kempen tersebut?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri selepas ini?
148) SASARAN DIVIDEN ANAK SYARIKAT
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Butirkan jumlah dividen yang diberi oleh semua anak syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2014, 2015 dan 2016?
-
Apakah sasaran dividen yang diarahkan kepada setiap anak syarikat untuk tahun 2017?
149) PERANCANGAN KONTIGENSI PENGURUSAN SAMPAH DI MUSIM PERAYAAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pelan khusus musim perayaan bagi kutipan sampah domestik dari segi kekerapan kutipan di semua PBT.
-
Nyatakan sekali pelan khusus untuk sampah pukal pra perayaan.
150) DASAR PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisme pencegahan gangguan seksual sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Berapa laporan kes yang diterima tentang gangguan seksual di tempat kerja dan awam di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Dasar Pencegahan Gangguan Seksual untuk Selangor?