Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

111) PASAR TAMAN SRI MUDA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan status terkini pembinaan pasar baru di Taman Sri Muda, bilakah ia boleh dimasuki oleh peniaga.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan pecahan jumlah peniaga di sini dan apakah ada tambahan peniaga baru.

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah pakir untuk kenderaan bagi kemudahan orang ramai dan golongan OKU di sini?

    Klik jawapan »

112) PEMANTAUAN SEKOLAH DAN MAAHAD TAHFIZ PERSENDIRIAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan merancang untuk memantau secara lebih dekat perjalanan dan keadaan infrastruktur sekolah-sekolah, maahad tahfiz persendirian di seluruh negeri Selangor?

    Klik jawapan »

113) PERUNTUKAN PELANCONGAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan peruntukan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada PBT yang menganjurkan aktiviti-aktiviti Tahun Melawat Hulu Selangor 2017 dan Tahun Melawat Klang 2017.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan projek atau aktiviti pelancongan di Selangor yang menerima peruntukan yang terbesar pada tahun 2017 dan impaknya

    Klik jawapan »

114) KERAJAAN MENGADAKAN/ MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BAS SELANGORKU DARI PUCHONG PERMAI KE HOSPITAL BESAR SERDANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah kerajaan mengadakan/menyediakan perkhidmatan Bas Selangorku dari Puchong Permai ke Hospital Besar Serdang?

    Klik jawapan »

115) PEMBAKARAN HARAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Pembakaran tempurung secara haram di tapak-tapak tanah persendirian semakin berleluasa. Apakah tindakan tegas dan sepatutnya yang boleh di ambil oleh PBT dan PTD ke atas pengusaha-pengusaha ini kerana walaupun kompaun telah dikenakan ianya tidak berkesan.

    Klik jawapan »

116) LEBUH RAYA PANTAI BARAT SEMENANJUNG (WCE)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pembinaan lebuh raya tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah aduan yang diterima dari pembinaan lebuh raya tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam membina lebuh raya tersebut?

    Klik jawapan »

117) APLIKASI PARKIR DALAM TALIAN PBT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Sila menyatakan jumlah pelanggan menggunakan aplikasi parkir dalam talian yang dikendalikan oleh Flexi parking mengikut susunan Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos pengurusan dibayar oleh setiap PBT untuk flexiparking?

118) LOJI RAWATAN AIR (LRA)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan perkembangkan terkini bagi pembinaan LRA Labohan Dagang dan Semenyih 2

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah penyelesaian terhadap pengambilan tanah bagi kedua-dua LRA tersebut?

119) JKKK MAPPING

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan JKKK mapping yang memastikan penduduk kampung telah menikmati program Inisiatif Peduli Rakyat serta bantuan-bantuan lain selain mengenal pasti data demografi penduduk?

    Klik jawapan »

  2. Jika ya, apakah pelan perancangan yang dibuat bagi memastikan mapping ini lengkap?

120) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri bagi memperbaiki mutu perkhidmatan Bas Smart Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah bas yang masih beroperasi sehingga kini mengikut PBT?