Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

41) EARLY INTERVENTION PROGRAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan pecahan perbelanjaan RM3 juta yang diperuntukan untuk Early Intervention Program pada tahun 2017

    Klik jawapan »

  2. Apakah "measurable achievement" (kesan yang boleh diukur) yang telah dicapai dengan peruntukan ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah polisi lain Kerajaan Negeri terhadap golongan keperluan istimewa selain diberikan peruntukan?

    Klik jawapan »

42) PROJEK LOJI RAWATAN AIR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status kemajuan Projek Loji Rawatan Air Semenyih dan Labohan Dagang?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramaikah pemilik tanah yang terlibat dengan laluan jajaran paip bagi kedua-dua projek tersebut?

43) BINATANG LIAR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Masalah haiwan seperti monyet, anjing liar telah dibangkitkan banyak kali. Kerosakan tanaman-tanaman dan pencerobohan rumah-rumah amat ketara dan meningkat. Usaha-usaha yang digunakan tidak memberi kesan. Apakah kaedah-kaedah atau perancangan moden yg telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

44) PEMERKASAAN SEKOLAH TAHFIZ DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah Sekolah dan Pelajar Tahfiz di dalam Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Adakah terdapat perancangan plan pemerkasaan Sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?

  3. Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri kepada Sekolah-sekolah Tahfiz di Negeri Selangor?

45) KAWASAN RUMAH TERBIAR DAN TIDAK BERPENGHUNI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Sila butirkan rumah terbiar yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri pada penggal ini.

    Klik jawapan »

  2. Apakah kriteria kerajaan untuk merampas rumah terbiar, yang menjadi kacau ganggu kepada kawasan kediaman tersebut?

    Klik jawapan »

46) KEJAYAAN PERTANIAN DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kejayaan utama kerajaan dalam melonjakkan aktiviti pertanian.

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan bersedia membantu memberi subsidi khas bagi melestarikan sumbangan petani dan nelayan yang dihimpit masalah ekonomi keluarga?

    Klik jawapan »

  3. Sudah adakah Tabung Petani/ Nelayan untuk menjaga kebajikan diri dan keluarga?

    Klik jawapan »

47) BANTUAN BENCANA ALAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah bencana alam yang di hadapi oleh Selangor pada 2016-2017 semua kategori mengikut Daerah dan PBT

  2. Pembayaran bantuan sumbangan bencana kadangkala memakan masa terlalu lama, apakah S.O.P berkaitan perkara ini?

  3. Apakah yang menyebabkan kelewatan ini serta langkah penyelesaiannya?

48) PELABURAN NEGARA CHINA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan secara terperinci jumlah pelaburan China di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor kemasukan pelabur China ke Selangor?

    Klik jawapan »

49) PERBICARAAN BANTAHAN SYOR KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN SPR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Status terkini perbicaraan bantahan Kerajaan Negeri terhadap syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah untuk keseluruhan Negeri Selangor di Mahkamah.

    Klik jawapan »

50) BIDANG KUASA PBT, PDRM, PEJABAT DAERAH DAN KASTAM DALAM URUSAN PENJUALAN ARAK

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah bidang kuasa PBT, PDRM, Pejabat Daerah dan Kastam dalam urusan penjualan arak kepada orang awam?

    Klik jawapan »