Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

111) PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN KEMUDAHAN PENGINAPAN PELAJAR UNISEL

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis


  1. Apakah keputusan Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian di dalam Isu MBI-Jana Niaga Sdn Bhd yang telah dirujuk kepada Jawatankuasa tersebut pada bulan Mac 2014 kerana kegagalan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) menyelenggara dan mengurus kemudahan penginapan pelajar dan kakitangan UNISEL selaras dengan kontrak perjanjian?

    Klik jawapan »

  2. Benarkah Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang telah ditamatkan kontrak menyelenggara dan mengurus kemudahan penginapan pelajar dan kakitangan UNISEL selaras dengan kontrak perjanjian, didakwa mendapat pampasan kewangan dan kontrak baru daripada UNISEL pula?

    Klik jawapan »

112) TANAH REVOLUSI HIJAU KG JOHAN SETIA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang menukar zon tanah ini kepada zon lain memandangkan ia telah diterokai dengan pelbagai aktiviti pembangunan bercampur? Huraikan

    Klik jawapan »

113) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan IWB dalam usaha menjadikan PWB di setiap DUN mencapai aras pemberdayaan yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan aras-aras pemberdayaan yang telah ditetapkan itu?

    Klik jawapan »

  3. Apakah model inklusiviti IWB yang di guna pakai dalam proses pembuatan keputusannya ke arah merealisasikan Agenda Pemberdayaan Wanita Selangor?

    Klik jawapan »

114) ZAKAT UNTUK ASNAF FAKIR & MISKIN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Berapa RM kah pengeluaran zakat di keluarkan khusus mengikut kategori asnaf fakir dan miskin dari 2013-2017 mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah penerima dari kategori di atas semenjak 2013-2017 mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  3. Apakah faktor-faktor penambahan atau pengurangan jumlah penerima zakat dari golongan ini, sila nyatakan?

    Klik jawapan »

115) BANTUAN KEBAJIKAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Berapa peruntukan kewangan untuk pemberian kebajikan bulanan di keluarkan oleh JKM kepada kategori miskin dari 2013-2017 mengikut DUN dan kaum?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah penerima dari golongan miskin ini semenjak 2013-2017 mengikut DUN dan kaum?

    Klik jawapan »

  3. Apa faktor-faktor penambahan atau pengurangan jumlah penerima dari golongan di atas, sila nyatakan?

    Klik jawapan »

116) PEMBANGUNAN KG KENANGAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perancangan PKNS di atas tanah Kg Kenangan Jalan Dato Md Sidin, Klang? Nyatakan jenis pembangunan dan jangkaan ianya akan dimajukan.

    Klik jawapan »

  2. Apakah cadangan baru dari pihak PKNS bagi menyelesaikan isu setinggan yang masih tertangguh memandangakan tawaran yang di buat oleh PKNS masih belum diterima sepenuhnya oleh pihak peneroka bandar ini?

    Klik jawapan »

117) PENGURUSAN INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah carta organisasi IWB, sila nyatakan porfolio dan siapa anggotanya?

    Klik jawapan »

  2. Dari peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada IWB, sila perincikan pecahan penggunaan bagi tujuan kos operasi pengurusan dan pembangunan modul secara bulanan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bayaran gaji/elaun bagi setiap Lembaga Pengarah, pegawai dan kakitangan IWB?

    Klik jawapan »

118) KESELAMATAN PENGGUNA KERETAPI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Memandangkan sistem pengangkutan keretapi pelbagai jenis amat penting di Selangor, apakah Kerajaan Negeri Selangor dilibatkan bersama pihak KTM dalam menentukan kecukupan infrastuktur juga kemudahan awam khususnya di sepanjang laluan Komuter stesyen. Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Banyak kemalangan jiwa telah berlaku di sebabkan tiada tembok penghalang dan jejantas khas yang disediakan oleh pihak KTM khususnya di sepanjang laluan Batu Tiga, Shah Alam, Padang Jawa. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menguatkuasakan keselamatan pengguna oleh KTM??

    Klik jawapan »

119) CSR AIR SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah sumbangan Air Selangor dan SYABAS dalam mememberikan perkhidmatan semasa program gotong royong diadakan oleh masyarakat khususnya dalam program pembasmian pembiakan nyamuk Aedes dan denggi

    Klik jawapan »

  2. Berapa programkah yang pihak Air Selangor telah terlibat?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jenis bantuan yang diberikan

    Klik jawapan »

120) PELAN TINDAKAN DENGGI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Apakah Selangor mempunyai pelan tinndakan membasmi denggi? Nyatakan

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam berkongsi dan menurunkan informasi tentang Pelan tindakan ini kepada masyarakat awam dan pihak berkepentingan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah KPI bagi memastikan bahawa Pelan Tindakan ini telah tercapai?

    Klik jawapan »