Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
181) MEMBANTERAS PENIPUAN DALAM PERNIAGAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk membanteras peniaga yang menipu dalam urusan jual beli?
-
Adakah Kerajaan Negeri pernah menyelesaikan masalah penipuan di antara peniaga dan pembeli di Selangor?
182) LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah kesalahan-kesalahan berkaitan lesen perniagaan?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membendung peniaga tempatan yang menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing?
-
Nyatakan jumlah tindakan penguatkuasaan lesen perniagaan pada tahun 2015 mengikut PBT?
183) NAIK TARAF MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci tarikh mula dan siap,jumlah,kos dan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja naik taraf Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
-
Bagaimanakah proses lantikan kontraktor dan senaraikan syarikat kontraktor yang memohon?
-
Adakah terdapat pertambahan kos untuk projek naik taraf masjid negeri?
184) PENGIKTIRAFAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pengiktirafan UEC?
-
Bagaimanakah pembahagian kuota kemasukan pelajar dengan kelayakan sedia ada?
-
Berapakah gred minima UEC yang membolehkan pelajar memasuki UNISEL?
185) PEMASANGAN BILLBOARD #BEBASANWAR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos yang dibelanjakan untuk memasang Billboard Bebas Anwar di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan PBT?
-
Siapakah yang diberi kontrak mencetak serta memasang billboard berkenaan?
-
Mohon menyatakan daripada peruntukan agensi Kerajaan Negeri mana digunakan untuk pemasangan billboard tersebut?
186) PREMIUM TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah hasil kutipan premium tanah oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015 mengikut daerah.
-
Berapakah jumlah tunggakan premium tanah di Selangor pada tahun 2015 mengikut daerah?
187) SENARAI ASET DAN LIABILITI DI BAWAH KENDALIAN MBI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Butiran terperinci, lengkap dan terkini bagi setiap kategori aset dan liabiliti Kerajaan Negeri dan anak syarikat di bawah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) termasuk jumlah, jenis dan sebagainya.
188) SURUHANJAYA BANGUNAN (COB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Keberkesanan pengurusan bangunan bergantung kepada JMB dan tunjuk ajar oleh Suruhanjaya Bangunan (COB). Berapakah kakitangan COB yang terlibat dalam memantau perjalanan JMB seluruh Selangor mengikut PBT?
-
Apakah tindakan PBT bagi COB yang hadapi masalah kurang kakitangan?
189) SEKOLAH RENDAH AGAMA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan menggredkan atau memberi ranking kepada sekolah-sekolah agama yang ada di negeri Selangor ?
-
Jika ada, apakah gred atau kategori yang telah diberikan kepada sekolahsekolah tersebut?
190) PERUMAHAN PEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat-syarat untuk membenarkan sesuatu tapak pembinaan untuk membenarkan pekerja pembinaan untuk tinggal di tapak pembinaan?
-
Adakah tanah kosong untuk pembangunan akan datang boleh digunakan untuk menempatkan pekerja syarikat lain untuk pembinaan di tapak lain?