Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
111) KESESAKAN DI KOTA KEMUNING, SEKSYEN 31, SHAH ALAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menaik-taraf 3 bulatan di sepanjang Persiaran Anggerik Mokara?
-
Apakah status terkini pembinaan laluan bertingkat (flyover) di 3 bulatan ini?
-
Huraikan perancangan masa pendek bagi mengatasi segera masalah kesesakan ini.
112) NON REVENUE WATER (NRW)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah peratus kadar air tidak berhasil terkini?
-
Adakah Kerajaan Negeri menepati sasaran penurunan yang telah ditetapkan?
113) PENAIKTARAFAN KUNCI AIR 51 DI JALAN PAPAN PANDAMARAN KE PINTU AIR OLEH JPS
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek penaiktarafan kunci air 51 di Jalan Papan Pandamaran ke pintu air oleh JPS?
-
Apakah jumlah perbelanjaan bagi projek tersebut?
-
Dua (2) pam yang kini dipasang di kunci air 51 tersebut semakin lemah. Apakah rancangan untuk mengatasi masalah tersebut?
114) KEPERLUAN MENINGKATKAN LAGI PERKHIDMATAN BAS SMARTSELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi perkhidmatannya memandangkan masih terdapat keperluan terdesak seperti di jalan Hulu Langat ke Ampang, melalui Jalan Bukit Ampang, yang pada masa ini tiada sebarang perkhidmatan bas di jalan itu?
-
Jika ya, bila dijangka akan beroperasi?
115) JALAN KAMPUNG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menerangkan jalan dan persimpangan yang gelap?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menggunakan teknologi lampu 'solar'?
116) PROGRAM & PROJEK DI BAWAH PLAN INDUK PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah program dan projek-projek yang telah dikenal pasti di bawah pelan induk pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan petani dalam sektor pertanian di negeri Selangor dalam tahun 2016?
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah disediakan dalam tahun 2016?
117) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan jumlah pelancongan melawat Negeri Selangor pada tahun 2015 Dan anggaran dibelanjakan oleh mereka?
-
Berapa kos publisiti dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan destinasi pelancongan tempatan?
118) PERUNTUKAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapa dan bagaimana peruntukan diberi kepada setiap sekolah?
-
Bagi SRA yang pelajar kurang 500 orang. Berapakah diperuntukkan setahun bagi perbelanjaan kemudahan pengurusan pejabat dan guru?
-
Apakah bentuk kemudahan yang di bekalkan setiap tahun? Senaraikan.
119) DASAR TENDER
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah dasar ñcut offî yang menggantikan dasar tender terendah, perlaksanaan projek lebih efisien?
-
Nyatakan projek senarai dan kos yang telah di laksanakan dengan dasar ini?
120) CAJ PERMIT MEJA DAN CAJ KAKI LIMA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapa kah Kutipan Caj Permit Meja dan Caj kaki Lima di Majlis Daerah Kuala Langat untuk tahun 2015?
-
Berapakah caj yang dikenakan untuk semua PBT di Selangor? Adakah ada keselarasan?