Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
151) PEMBINAAN HOSPITAL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Jelaskan perancangan kerajaan untuk membina hospital melalui PKNS
-
Nyatakan kriteria PKNS untuk memilih rakan kongsi projek ini
-
Nyatakan kos untuk pembinaan dan operasi dengan terperinci
152) KRISIS KUALITI AIR SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan krisis kualiti air Selangor?
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri akan membuat sesuatu perubahan baik pulih kualiti air Selangor.
153) AGIHAN TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerja-kerja ukuran sempadan akan diselesaikan?
154) TAPAK MASJID BARU DENGKIL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini perkembangan cadangan masjid baru ini.
-
Apakah permasalahan yang dihadapi dan apakah jalan penyelesaian untuk mempercepat proses ini?
155) KESIHATAN RAKYAT
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor menyediakan Klinik Bergerak Selangor? Jika tidak, apakah sebabnya.
-
Apakah 5 penyakit utama Rakyat Selangor tahun ini?
-
Adakah Kerajaan Selangor mengadakan sebarang pelan tindakan untuk jawapan (b) tersebut?
156) BAS PERCUMA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah laluan perkhidmatan bas percuma yang telah diperkenalkan berhasil menepati sasaran penubuhannya
-
Adakah laluan tersebut perlu ditambah ke kawasan-kawasan lain
-
Berapakah kos bulanan yang ditanggung oleh kerajaan negeri dalam merealisasikan perkhidmatan yang sangat baik ini
157) PEMERKASAAN HAK KANAK-KANAK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memandangkan terlalu banyak kes kanak-kanak seperti penculikan, pemerdagangan juga penderaan, apakah usaha KNS bagi memastikan hak jaminan keselamatan kanak-kanak?
-
Berapakah peruntukan khusus untuk program memperkasakan kanak-kanak yang di sediakan setiap tahun? Nyatakan.
-
Nyatakan program yang di laksanakan setiap tahun?
158) PRESTASI KEWANGAN SEMASA UNISEL
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah prestasi pendapatan dan perbelanjaan UNISEL pada tahun 2015 dan 2016?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan UNISEL pada tahun 2017?
159) MEMANDANGKAN KOS RUMAH YANG KIAN MENINGKAT DAN TERDAPAT RAMAI RAKYAT YANG TIDAK DAPAT PINJAMAN DARI BANK
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri sedia membantu golongan anak selangor untuk mendapat pinjaman ?
160) KEPERLUAN MENAIKTARAF KLINIK-KLINIK DESA DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan sedar bahawa sebahagian besar klinik desa di Selangor masih kekurangan dari segi kapasiti, kepakaran dan peralatan berbanding negara maju dan perlu dinaiktaraf dengan segera.
-
Jika ya, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan kekangan yang dihadapi?