Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
91) PELABURAN DALAM NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Pelaburan dalam negeri. Nyatakan statistik jumlah pelaburan masuk ke Selangor dari tahun 2010-2015.
-
Nyatakan jumlah sasaran pelaburan masuk yang ditetapkan Kerajaan Negeri pada tahun 2016.
92) HUTANG KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci jumlah hutang yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
-
Nyatakan tindakan yang diambil untuk menyelesaikan hutang tersebut.
93) HASIL LAWATAN LUAR NEGARA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kejayaan yang diperoleh Kerajaan Negeri hasil lawatan luar negara.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan lawatan ke luar negara pada masa akan datang?
94) PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN TADIKA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan jumlah pusat penjagaan kanak-kanak di tempat bekerja (workplace childcare) di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Sila senaraikan semua pusat penjagaan kanak-kanak atau tadika di bangunan Kerajaan Negeri Selangor dan nyatakan bilangan kanak-kanak serta yuran yang dikenakan.
95) WABAK DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik kes denggi di Selangor dari tahun 2010-2015 mengikut daerah
-
Nyatakan jumlah kematian akibat denggi dari tahun 2010-2015 mengikut daerah.
96) PENDIDIKAN TINGGI DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua institusi pendidikan tinggi di Selangor dan jumlah pelajar
97) RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua projek rumah mampu milik di Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dari 2008 sehingga sekarang. Nyatakan jumlah unit setiap projek ini.
-
Sila senaraikan semua projek rumah mampu milik di Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dari 2008 sehingga sekarang. Nyatakan jumlah unit setiap projek ini.
98) USAHAWAN MUDA
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan muda berniaga?
-
Senaraikan program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2016.
99) SKIM MIKROKREDIT WANITA LADANG (WALA)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini WALA?
-
Apakah peranan WALA untuk meningkatkan kualiti hidup wanita ladang di Selangor?
100) PUSAT JUDI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah pusat judi dari tahun 2010-2015 mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah cukai yang diambil dari pusat judi dari tahun 2010-2015 mengikut PBT.