Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
1) PEMELIHARAAN HUTAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan statistik keluasan hutan yang telah dibuka untuk penempatan penduduk?
-
Sila huraikan apakah usaha pemeliharaan hutan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri?
-
Sila nyatakan apakah perancangan holistik bagi memastikan kelestarian khazanah hutan Negeri terus terpelihara demi generasi akan datang?
2) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Setakat ini, berapakah jumlah keseluruhan peserta di Selangor?
-
Apakah ukuran yang digunakan untuk menilai kejayaan peserta dan berapa ramai yang menepati ukuran tersebut?
3) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Syarikat Hebat Abadi di dalam pengurusan sampah?
-
Berapakah kontrak pengurusan sampah yang telah dimenterai oleh Syarikat Hebat Abadi?
-
Senaraikan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah mementerai kontrak pengurusan sampah dengan Syarikat Hebat Abadi?
4) ANAK MUDA DALAM POLITIK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap penglibatan anak muda dalam politik?
-
Apakah program yang dijalankan oleh Kerajaan untuk menanam kepada mereka kefahaman dan prinsip demokrasi tulen?
-
Apakah agensi dan siapakah anggota-anggota pasukan yang melaksanakan program ini?
5) INSENTIF KEPADA PELABUR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan insentif-insentif yang diberikan untuk menarik minat pelabur masuk ke Selangor?
-
Apakah kaedah lain untuk menarik pelabur masuk selain memberi insentif tersebut?
6) KURSUS TESL UNISEL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kursus TESL Unisel masih diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan?
-
Terangkan prospek kerjaya graduan TESL Unisel, termasuk sama ada graduannya juga diterima di luar negara?
7) PEMBANGUNAN TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah rezab Melayu di Selangor yang berjaya dibangunkan untuk tempoh 2013-2015?
-
Apakah jenis pembangunan tanah yang telah dilaksanakan?
-
Apakah kerajaan mempunyai cadangan untuk membangunkan kawasan penempatan kampong tradisi yang baharu?
8) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan rumah Selangorku yang telah mula dibina mengikut kategori dan kawasan sehingga Jun 2015.
-
Apakah kemudahan kewangan lain untuk pemohon yang tidak layak mendapat kemudahan kewangan bank?
-
Apakah pecahan kaum pemohon dan kelulusan/ditolak untuk RMM Selangorku sehingga Jun 2015?
9) PROJEK MENAIKTARAF JALAN BANTING KE JUGRA B58
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos sebenar keseluruhan projek?
-
Berapa kalikah lanjutan tempoh yang diberikan kepada kontrator?
-
Bilakah projek ini akan disiapkan sepenuhnya?
10) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN SELANGOR (KBKS)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini KBKS?
-
Nyatakan jumlah perolehan pendapatan KBKS kepada kerajaan negeri?
-
Senaraikan penyewa terkini KBKS dan tempoh kontrak?