Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

331) DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik terkini denggi mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kematian yang dicatatkan dari tahun 2013-2015?

  3. Apakah kaedah terkini yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?

332) CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) OLEH MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI) DAN ANAK-ANAK SYARIKAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah Corporate Social Responsibility (CSR) yang telah diberi oleh MBI dan anak-anak syarikat pada tahun 2015?

    Klik jawapan »

  2. Adakah wujudnya garis panduan di MBI dalam menentukan penerima CSR?

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah MBI memastikan pengurusan CSR oleh anak-anak syarikatnya adalah telus?

    Klik jawapan »

333) TANAH PKPS DI TEPI SUNGAI TENGAR UTARA,SABAK BERNAM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos yang telah dibelanjakan dalam operasi tanaman saawit di kawasan berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah benar tanah tersebut akan ditukar kepada penempatan penduduk miskin?

    Klik jawapan »

334) KEMALANGAN JALAN RAYA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah pencegahan dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menurunkan kadar peratusan kemalangan jalan raya di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila menyatakan jumlah kes kemalangan maut jalanraya yang telah berlaku dalam Tahun 2015 di Jalan Klang-Banting-Port Dickson (Dari DUN Sijangkang- Telok Datok- Morib).

    Klik jawapan »

335) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk pembangunan luar bandar pada tahun 2015?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk pembangunan kawasan luar bandar pada tahun 2015?

    Klik jawapan »

336) MASTER TITLE PUTRA PERDANA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini proses penyelesaian masalah Master Title Putra Perdana?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perkara yang masih menjadi halangan untuk perkara ini diselesaikan?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah jangkaan tarikh permasalah ini dapat diselesaikan?

    Klik jawapan »