Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
81) MASALAH JEREBU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan masalah jerebu di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi membendung masalah ini?
82) PELABUR ASING
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kemelesetan ekonomi mencecah peringkat yang membimbangkan serta kejatuhan nilai wang Ringgit Malaysia, apakah langkah- langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik pelaburan asing ke Negeri Selangor?
83) TEMPOH MASA YANG DIAMBIL OLEH PEJABAT DAERAH UNTUK KELULUSAN GERAN TANAH KEKAL KAMPUNG TRADISI MELAYU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapa lamakah masa yang perlu diambil terutama di Pejabat Daerah bahagian tanah untuk memproses geran kekal bagi kampung-kampung tradisi melayu ?
84) DANA SEL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah pembeli rumah yang berjaya mendapat bantuan Dana Sel untuk membeli Rumah SelangorKu mengikut pecahan projek.
-
Senaraikan jumlah pembeli yang telah ditolak oleh pihak bank untuk pinjaman perumahan di Selanogr mengikut pecahan daerah.
-
Adakah Kerajaan akan tambahkan Dana Sel?
85) KEBAJIKAN WANITA IBU TUNGGAL
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status program ibu tunggal yang bermula pada 2008?
-
Sejauh manakah dasar dan program tersebut dikekalkan hingga kini?
-
Apakah kriteria yang digunakan bagi mengukur kejayaan program kebajikan ibu tunggal?
86) LESEN PERNIAGAAN
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar kenaikan fee lesen perniagaan di Negeri Selangor sejak 2008 hingga 2015?
-
Apakah kadar fee ini akan disemak semula sepertimana janji dalam Bajet Negeri Selangor 2015?
87) PROJEK KEBUN KERANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut?
-
Sila senaraikan jumlah keluasan dan peserta Kebun Kerang mengikut pecahan kaum?
-
Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan hasil kerang semakin berkurangan di persisiran pantai Negeri Selangor sejak kebelakangan ini?
88) PENGAMBILAN TANAH UNTUK TAPAK MASJID KAMPUNG MELAYU SUNGAI BULOH, MUKIM BATU, DAERAH GOMBAK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak JAIS telah membuat pengambilan tanah untuk tapak Masjid tersebut?
-
Bilakah proses ini dijangka akan selesai?
89) DASAR PERSARAAN PEKERJA LADANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor terhadap Persaraan bagi Pekerja Ladang?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri dapat memastikan kehidupan pekerja ladang memenuhi keperluan asas kehidupan seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang selamat?
90) PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapa unit rumah Mampu Milik yang telah diluluskan sejak 2013 - 2015 di kawasan Kuala Langat?