Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
1) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk sokongan yang diberi kepada kontraktor ganti?
-
Benarkah ada pembekuan pendaftaran bagi kontraktor ganti/ penyelamat dalam jadual kedua dan ketiga Enakmen Rizab Melayu?
-
Apakah dibolehkan pengambilan balik tanah di buat untuk menjamin hak pembeli?
2) BANTUAN KEMASYARAKATAN PNSB MELALUI PEKAWANIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bantuan kemasyarakatan yang telah disalurkan oleh PNSB melalui Pekawanis?
-
Berikan pecahan menurut kategori bantuan
-
Mengapakah bantuan ini tidak disalurkan melalui MBI?
3) RUMAH MAMPU MILIK SELANGORKU
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan secara terperinci semua cadangan Projek Rumah Mampu Milik Selangorku yang bakal dibina di Negeri Selangor?
-
Sila huraikan apakah perbezaan dan kelebihan RMM Selangorku dengan RMM PRIMA yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan?
-
Sila nyatakan secara terperinci bilakah RMM Selangorku akan dibina di DUN Sekinchan?
4) METROPOLIS KESIHATAN UNIVERSITI MALAYA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkara-perkara yang bakal dipertimbangkan oleh kerajaan dalam mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang Projek Metropolis Kesihatan Universiti Malaya di Seksyen 12, Petaling Jaya?
-
Adakah pemilik projek ini telah mengemukakan semua dokumen yang telah diperlukan untuk tujuan daripada kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan adakah ianya memenuhi kehendak kerajaan?
5) INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk melindungi hak rakyat Selangor dalam industri perkhidmatan air ?
6) PROGRAM SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI 2013 SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan melaksanakan sambutan Perayaan Deepavali 2013 peringkat negeri Selangor?
-
Berikan penyata perbelanjaan dalam Program Perayaan Deepavali 2013 peringkat negeri Selangor?
7) PENGGUGURAN EXCO PKNS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Terdapat pegawai PKNS yang dipindahkan kerana isu pengguguran ADUN Bukit Antarabangsa -Apakah kedudukan sebenar EXCO PKNS tersebut ?
-
Apakah hak dan kedudukan pegawai PKNS yang dipindahkan tersebut ?
8) MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan daripada keseluruhan peminjam MIMBAR berapa peratuskah yang telah berjaya merubah kehidupan mereka.
-
Bagi peminjam yang enggan melunaskan hutang mereka apakah tindakan yang telah dan akan diambil.
-
Kenapakah skim MIMBAR ini dibekukan buat sementara waktu?
9) MAMMOGRAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Selepas PRU-13 yang lalu dan sehingga pada ketika ini, berapa ramaikah penerima baru yang telah menerima manfaat?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyambung semula skim Mammogram ini?
10) CAWANGAN BARU JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Jabatan Alam Sekitar Selangor berhasrat menubuhkan cawangan di Daerah Hulu Selangor memandangkan Cawangan Gombak kekurangan anggota penguatkuasa untuk memantau kilang perindustrian dan pembakaran terbuka yang semakin bertambah di Hulu Selangor. Jika tidak, nyatakan sebabnya.