Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
121) MIKROKREDIT: MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan dana pembiayaan mikrokredit kepada rakyat yang tidak putus-putus memerlukan bantuan skim tersebut?
122) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA DAN PEMASANGAN STESEN BAS DI LOKASI YANG SESUAI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan bas percuma di MPAJ dalam tempoh masa 2 tahun?
-
Adakah Kerajaan Selangor bersedia untuk menyeragamkan struktur stesen bas di lokasi yang sesuai di seluruh Selangor?
-
Berapakah bajet Selangor untuk perkhidmatan bas percuma?
123) PERUNTUKAN PENGURUSAN PEJABAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bolehkah peruntukan tambahan pengurusan pejabat dinaikkan dari RM10,000 kepada RM30,000 setahun, memandangkan harga kos barangan yang semakin meningkat
124) TAMAN HUTAN SIMPAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan lokasi dan keluasan Taman Hutan Simpan Negeri kini?
-
Adakah terdapat sebarang ancaman terhadap hutan simpan ini?
-
Bagaimanakah kerajaan dapat memastikan bahawa hutan simpan ini terus terpelihara hingga generasi seterusnya?
125) STATUS PROJEK BERMASALAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Minta kerajaan negeri menyatakan status terkini Taman Shahjaya, Batu 10 yang belum dikurniakan Sijil Layak Menduduki (CF)
-
Apakah langkah yang diambil untuk menentukan pengkelasan hayat bangunanbangunan lama
-
Nyatakan jumlah bangunan yang melepasi tempoh hayat dan masih digunakan
126) PEMBERIAN TANAH KEPADA SEKOLAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memberi tanah kepada mana-mana sekolah yang menghadapi permasalahan kekangan ruang supaya murid-murid mempunyai ruang yang lebih selesa untuk pembelajaran
127) KAMPUNG TRADISI MELAYU PINGGIRAN BANDAR PERLU JALAN YANG BAGUS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bilakah dan dimanakah kerajaan negeri memulakan penyelenggaraan jalan-jalan kampung yang berstatus lot persendirian dan tidak dapat peruntukan dibawah PLB
-
Berapakah peruntukan kerajaan negeri bagi tindakan holistik Pejabat Tanah-JKKK untuk menyelesaikan masalah kualiti jalan kampung?
128) MUZIUM PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT DI BUKIT MALAWATI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk membaiki semula muzium tersebut?
-
Berikan satu tempoh masa yang tepat, muzium tersebut siap dibaikpulih?
129) RM2.5 JUTA UNTUK KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Perincikan peruntukan RM2.5 juta dalam Belanjawan 2014 untuk Kajian dan Penyelidikan
130) PENDIDIKAN PUNJABI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Pernahkah Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan untuk pembangunan dan perkembangan Bahasa Punjabi di Negeri Selangor sejak tahun 2008? Jika ya, nyatakan butir-butir
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia membantu Pusat-pusat Pendidikan Punjabi di Negeri Selangor yang dikendalikan oleh Punjabi Education Trust Selangor?