Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

171) KEHADIRAN MESYUARAT EXCO & MTES

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan kehadiran setiap EXCO dalam mesyuarat EXCO & MTES pada tahun 2010 & 2011.

    Klik jawapan »

172) MASJID & KES MURTAD

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berikan data terperinci berkaitan kes ini sepanjang tempoh Januari 2010 hingga Februari 2012: 1. Aduan/ laporan rasmi diterima. 2. Aduan/ laporan media cetak, TV, Siber. 3. Berapa kalikah siasatan yang telah dilaksanakan? 4. Perincikan bilangan dari hasil siasatan. kes murtad yang tertangguh dan selesai tiada kes. 5. Adakah pihak MAIS/JAIS menerima aduan kes memurtadkan secara besar besaran dan apakah tindakan siasatan telah diambil? 6. Apakah tindakan MAIS/JAIS?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk pembangunan masjid?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah masjid baru dibina sepanjang tahun 2011?

    Klik jawapan »

173) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapa juta geran yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri sejak tahun 2007 (mengikut tahun)?

    Klik jawapan »

  2. Sila berikan butir-butir perbelanjaan geran tersebut.

    Klik jawapan »

174) PEMERKASAAN DESA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah aspek yang diterapkan oleh kerajaan negeri dalam program pemerkasaan desa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kayu ukur yang digunakan bagi menilai keberkesanan program tersebut?

    Klik jawapan »

175) JAWATAN-JAWATAN KANAN DALAM GLC SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah tatacara pemilihan dan pelantikan ke jawatan-jawatan kanan dalam GLC? Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah jawatan-jawatan ini akan diiklankan secara terbuka dalam media-media selain media Bahasa Malaysia?

    Klik jawapan »

  3. Adakah YAB Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon yang sesuai tanpa merujuk kepada MMKN dan Lembaga Pengarah syarikat- syarikat GLC berkenaan?

    Klik jawapan »

176) SURAT TAULIAH DARIPADA MAIS ATAU JAIS

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak dan kepada siapa surat tauliah MAIS, JAIS telah dikeluarkan sejak 2008 sehingga kini?

    Klik jawapan »

177) PELABURAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah jenis pelaburan yang menghasilkan pendapatan tertinggi di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Huraikan jenis-jenis pelaburan baru Kerajaan Pakatan Rakyat selain pelaburan sedia ada dari Kerajaan yang dahulu?

    Klik jawapan »

178) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Sejak tahun 2008 , Kerajaan Negeri Selangor telah mengusahakan beberapa inisiatif baru untuk memastikan semua pembangunan baru dan infra yang sedia ada di Selangor dapat digunakan oleh golongan OKU. Tetapi dari segi pengimplementasikannya, masih tidak dapat dilihat perubahan yang signifikan di sekitar bandar raya utama. Senaraikan projek -projek khas kemudahan OKU yang telah berjaya dilaksanakan di sekitar Selangor .

    Klik jawapan »

  2. Adakah Pihak Berkuasa Tempatan diberikan suatu tempoh tertentu untuk membaik pulih dan menaiktaraf segala kemudahan OKU di sekitar bandar terutamanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menggiatkan usaha ini ?

    Klik jawapan »

179) BURUNG WALIT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah sehingga kini Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengeluarkan garis panduan untuk pengusahaan burung walit?

    Klik jawapan »

180) KAMERA INTIPAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan telah sekian lama menubuhkan Jawatankuasa Siasatan dalam kes kamera intipan di pejabat YAB Dato' Menteri Besar. Apakah status siasatan kes kamera intipan tersebut?

  2. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang mendedahkan hasil siasatan awal Jawatankuasa tersebut?