Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

91) KAKITANGAN UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Masalah seorang Pensyarah UNISEL pernah dibangkit dan disiasat berdasarkan satu laporan polis. Apakah status siasatan masalah pensyarah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah UNISEL menangani kakitangan yang bermasalah?

    Klik jawapan »

92) KEDUDUKAN RIZAB KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan dengan terperinci berapakah jumlah rizab kewangan Negeri Selangor sehingga 31/12/11 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah lebihan Belanjawan tahun 2011 jika dibandingkan dengan unjuran dan anggaran pendapatan perbelanjaan sewaktu pembentangan Belanjawan 2011 ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan secara terperinci apakah faktor utama yang mendorong Belanjawan 2011 walaupun terdapat 3 kali kelulusan Pembekalan Tambahan tetapi masih mempunyai lebihan sehingga 31/12/11 ?

    Klik jawapan »

93) SUBSIDI AIR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri memberi kupon air percuma untuk subsidi air penduduk di kawasan flat yang menggunakan meter pukal. Sejak bilakah kupon tersebut mula dikeluarkan ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kewangan yang telah dikeluarkan dan siapakah atau penduduk manakah yang telah menerima kupon sepanjang tempoh tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah mekanisme pemberian kupon tersebut kerana wujud dakwaan penduduk yang tidak pernah menerimanya ?

    Klik jawapan »

94) JAWATAN PENGARAH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jawatan pengarah yang di sandang oleh YAB MB, YB EXCO, Ex-Officio, YB ADUN, YB AHLI PARLIMEN dalam badan berkanun dan anak- anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan elaun-elaun dan juga bonus yang diterima oleh mereka yang terlibat mengikut syarikat.

    Klik jawapan »

95) DIDAPATI BANYAK HOTEL-HOTEL BAJET DIBINA SEMENJAK EMPAT TAHUN YANG LALU DI SELURUH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan hotel bajet yang beroperasi setakat ini mengikut kawasan PBT?

    Klik jawapan »

  2. Adakah bilangan hotel bajet ini bertepatan dengan keperluan sosial dan pembangunan ekonomi negeri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah syarat-syarat dari PBT bagi kelulusan sesebuah hotel bajet?

    Klik jawapan »

96) FAEDAH YANG DIJANA DARI PERUNTUKAN SETIAP ADN MELALUI PEJABAT TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Peruntukkan ADN RM500,000 atau RM600,000 setiap tahun akan diberi faedah apabila di simpan dalam bank. Di manakah dan siapakah yang memagang faedah itu?

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan faedah yang dijana di bawah peruntukkan Teratai bagi tahun 2008, 2009 , 2010 & 2011 dan siapakah yang telah simpan faedah tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang boleh menentukan kegunaan faedah tersebut?

    Klik jawapan »

97) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil alih urusan kutipan dan pengurusan sampah dari pihak operator swasta. Berapakah kos yang dikeluarkan oleh semua PBT untuk membeli alatan pembersihan seperti lori dan sebagainya ?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos upah untuk pekerja yang mengendalikan urusan kutipan tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah pendekatan ini berjaya menjimatkan kos operasi semua PBT ?

    Klik jawapan »

98) JOM SHOPPING

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri akan melaksanakan program jom shopping secara berterusan?

    Klik jawapan »

  2. Sehingga Disember 2011 berapa ramai warga emas yang telah menikmati program Jom Shopping?

    Klik jawapan »

99) KEMPEN JAUHI ARAK

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Menurut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, orang Islam tidak dibenarkan untuk bekerja di premis yang menyajikan arak. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat kempen jauhi arak secara besar Ð besaran?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status kedudukan kilang arak Carlsberg di Shah Alam yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat (PAS) untuk ditutup jika memenangi PRU -12?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kilang arak tersebut akan kekal berada di situ atau akan dipindahkan ke kawasan lain?

    Klik jawapan »

100) YURAN PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA, APARTMEN DAN KONDOMINIUM

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bercadang mengeluarkan satu garis panduan sebagai rujukan oleh pemaju, MC dan JMB dalam menentukan yuran penyelenggaraan yang munasabah memandangkan terdapat banyak perbezaan pendapat dalam perkara ini?

    Klik jawapan »