Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

161) PROGRAM JOM SHOPPING BONUS SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap program tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan dengan terperinci berapakah jumlah bilangan yang berdaftar dalam Program TAWAS yang layak menyertai Program Jom Shopping Bonus Selangorku mengikut pecahan daerah dan pecahan kaum?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan adakah Program Jom Shopping Bonus Selangorku ini bersifat one- off atau berterusan pada tahun-tahun akan datang dan nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut?

    Klik jawapan »

162) PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK DAN GADAIAN TANAH SECARA ATAS TALIAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah keberkesanan permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah bagi urusan-urusan tanah yang diuruskan secara atas talian di laman http://consent2u.selangor.gov.my berbanding dengan cara lama?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak permohonan yang telah siap di kendali oleh laman web ini?

    Klik jawapan »

163) SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Sambutan kemerdekaan Malaysia di negeri Selangor tidak melibatkan DYMM Sultan Selangor. Mengapakah sambutan kemerdekaan ini tidak melibatkan DYMM Sultan Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah yang menentukan protokol dan atur cara sambutan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rasional Penasihat Ekonomi Selangor berucap dalam sambutan tersebut?

    Klik jawapan »

164) PENYELESAIAN HUTANG ANTARA TALAM DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah nilai aset-aset Talam yang diambilalih oleh kerajaan negeri Selangor dalam penyelesaian hutang Talam?

    Klik jawapan »

  2. Adakah aset-aset Talam dinilai dengan harga yang lebih tinggi jika berbanding dengan nilai pasaran?

    Klik jawapan »

165) RUMAH MAMPU MILIK NEGERI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2013 mengumumkan Ð Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dari RM100 - RM400 ribu dan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Ð rumah kos rendah & sederhana dari RM110 Ð RM250 ribu serta rumah Mesra Rakyat berharga RM45 ribu dengan subsidi RM20 ribu. Nyatakan harga rumah-rumah yang dibina oleh anak-syarikat kerajaan negeri serta lokasinya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jumlah sasaran kerajaan negeri bagi membina rumah mampu milik yang mencukupi untuk rakyat Selangor ketika ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kerajaan negeri bercadang memberi subsidi kepada pembeli rumah kalangan rakyat Selangor yang memerlukan?

    Klik jawapan »

166) CCTV DAN GODELL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status kajian yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk perjanjian kontrak CCTV dan Godell yang digunapakai oleh PBT sebelum tahun 2008?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menamatkan kontrak-kontrak tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah kontraktor dan kos yang terlibat dalam pembekalan CCTV baru kepada PBT dan adakah CCTV baru ini membantu penyelesaian kes jenayah? Berikan butir-butir.

    Klik jawapan »

167) GERAN SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah status penggunaan Geran Selangorku mengikut kategori yang ditetapkan? Senaraikan dengan terperinci

168) PROJEK PEMBANGUNAN DAN KESESAKKAN LALU LINTAS

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang dilakukan untuk mengurangkan kesesakan di Projek pembangunan MRT Jalan Sg. Buloh dan Projek pembangunan Lapangan Terbang Subang.

    Klik jawapan »

169) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Sejak pelancaran program air percuma 20m_ pertama, berapakah jumlah penduduk pangsapuri yang telah dapat menikmati bantuan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Daripada jumlah itu, berapakah jumlah penduduk yang terdiri daripada penghuni pangsapuri kos rendah?

    Klik jawapan »

  3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk pangsapuri untuk nikmati program air percuma ini?

    Klik jawapan »

170) PROJEK TEBATAN BANJIR KAMPUNG SUNGAI SERAI, HULU LANGAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah status Projek Tebatan Banjir Kampung Sungai Serai ?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah projek ini akan dimulakan ?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan membayar ganti rugi kepada penduduk yang musnah harta benda akibat banjir yang kerap berlaku.

    Klik jawapan »