Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

171) JANJI MANIFESTO: MEMILIKI RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali

Kategori: Mulut


  1. Mengenai janji Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap keluarga memiliki rumah. Seperti yang diumumkan, keluarga yang berpendapatan rendah hanya perlu membayar RM1,000.00 untuk memiliki sebuah rumah mampu milik. Adakah Menteri Besar sedar bahawa rakyat Selangor merasa tertipu dalam hal memiliki rumah sendiri. Seperti yang diketahui agensi kerajaan dan syarikat swasta atas pertimbangan keuntungan lebih berminat membangunkan rumah kos sederhana dan mewah yang di luar kemampuan majoriti rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bilangan rumah kos rendah di bawah Skim Perumahan Mampu Milik yang telah dibina sejak skim itu dilancarkan pada tahun 2009?

    Klik jawapan »

172) PERCANGGAHAN GUNA PAKAI TANAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan dalam jawapan soalan mulut saya dalam Sidang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat tahun 2011 bahawa kelulusan pembangunan atas tapak tanah Lot 1244 Taman Prima Selayang adalah bagi membina Ô1 unit Bangsal Terbuka dan 1 unit Kabin untuk Pejabat Ô, sedangkan, pada hari ini, apa yang jelas kelihatan adalah bangunan konkrit kilang sejuk beku. Syarat nyata guna pakai tanah tersebut oleh Jabatan Perancang Bandar Majlis Perbandaran Selayang (MPS) adalah untuk tapak gerai. Dimaklumkan juga bahawa Jabatan Pelan Bangunan MPS telah pun mengeluarkan kompaun kepada pemilik. Berapakah kuantum kompaun serta syarat-syarat lain yang telah dikenakan kepada tuan punya bangunan kerana kesalahan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah milik tanah kerajaan yang telah dikhususkan untuk rakyat tempatan berniaga secara kecil-kecilan (gerai) boleh ditukar kepada milik individu yang jelas hanya memberi kepentingan kepada individu itu sahaja?

    Klik jawapan »

  3. Berapa lamakah tempoh milikan sementara yang telah diberikan kepada individu tersebut untuk beroperasi serta jaminan yang diberikan supaya tanah itu akan dapat dikembalikan untuk kegunaan bersama rakyat?

    Klik jawapan »

173) TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Ada pihak-pihak tertentu menyatakan premium tanah di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat terlalu tinggi khususnya rumah kediaman. Sejauh mana kenyataan itu benar

    Klik jawapan »

  2. Jelaskan bagaimana premium tanah itu dikira (berapa kategori)

    Klik jawapan »

174) JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Jawatankuasa Bandar Selamat mengikut pecahan PBT bagi tahun 2010-2012.

    Klik jawapan »

  2. Apakah program-program yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Bandar Selamat bagi meningkatkan tahap keselamatan bandar dan mengurangkan kadar jenayah?

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan projek-projek yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Bandar Selamat mengikut pecahan PBT bagi tahun 2012.

    Klik jawapan »

175) SKIM PEMBERIMILIKAN TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah jenis tanah kediaman yang tidak tergolong dalam pembayaran premium pendahuluan RM 1000 dan dapat potongan 30% sekiranya bayaran penuh dibuat dalam masa 6 bulan?

    Klik jawapan »

176) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak penyertaan SMUE sehingga Oktober 2012

    Klik jawapan »

  2. Apakah nisbah penyertaan SMUE dengan keseluruhan jumlah warga emas di negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah kekangan dan halangan untuk mendaftarkan mereka secara automatik

    Klik jawapan »

177) LAPORAN AUDIT UNISEL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM 37.63 juta pada 2010. Apakah kesilapan tadbir urus yang menyebabkan kerugian tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah kerajaan negeri menafikan berlaku kerugian sebelum laporan audit dikeluarkan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan tersebut?

    Klik jawapan »

178) MASALAH BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Musim tengkujuh biasanya akan berlaku pada bulan November hingga Januari pada setiap tahun. Hujan yang lebat dan berpanjangan akan menyebabkan banjir berlaku. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut di kawasan Batang Kali yang selalu mengalami banjir tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti punca masalah banjir tersebut berhubung kait dengan masalah saliran khususnya Sungai Batang Kali ?

    Klik jawapan »

  3. Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri menyelenggarakan saliran dan sungai di DUN Batang Kali ?

    Klik jawapan »

179) MASALAH BEKALAN AIR DI KAWASAN PADI DI SAWAH SEMPADAN TANJONG KARANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Umum memaklumi bahawa Tanjong Karang merupakan jelapang padi negeri Selangor. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kemarau yang melanda sawah-sawah padi di kawasan sawah sempadan bagi musim penanaman tahun 2012?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya ada usaha-usaha dibuat, nyatakan berapa jumlah kewangan yang dibelanjakan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan penanaman padi di Tanjong Karang?

180) PASAR BESAR MERU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Pasar Besar Meru dan pasar-pasar besar di bawah seliaan MPK agak lesu sambutan dari orang Awam. Apakah perancangan masa depan yang dirancangkan oleh MPK untuk menarik minat orang awam untuk datang ke sini untuk membeli belah?

    Klik jawapan »

  2. Kelantan menjadikan Pasar besar/borong seperti Pasar Siti Khadijah sebagai medan pelancongan domestik dan luar Negara. Adakah cadangan pengurusan MPK membawa pasar besar Meru ke arah seperti itu?

    Klik jawapan »