Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

81) TANAH-TANAH KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Terdapat usaha-usaha dari rakyat tempatan terhadap tanah-tanah Kerajaan di daerah Hulu Langat untuk pertanian melebihi antara dua puluh hingga tiga puluh tahun dan kini telah mengeluarkan hasil dan pernah mendapat L.M.S. (T.O.L.) Kenapa Kerajaan menolak permohonan mereka sedangkan mereka pernah berjasa kepada Tanah Air seperti menjadi anggota RELA dan sebagainya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Kerajaan mempunyai perancangan terhadap tanah-tanah tersebut setelah permohonan mereka ditolak? (setelah ditolak bermakna tanah dikembalikan kepada Kerajaan.

    Klik jawapan »

82) PEMBUANGAN BAYI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Berapakah statistik insiden pembuangan bayi di Selangor dengan pecahan mengikut kaum dan daerah bagi tahun 2009 dan 2010?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan segera kerajaan negeri dalam usaha membasmi gejala ini dari terus berlaku?

    Klik jawapan »

83) PEMBANGUNAN EKONOMI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang akan diambil untuk menunaikan janjian YAB DatoÕ untuk membangunkan ekonomi Hulu Selangor terutamanya di Bukit Beruntung?

  2. Adakah Kerajaan akan mengurangkan cukai pintu supaya menggalakkan kegiatan ekonomi di Hulu Selangor?

84) PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Apakah strategi pembangunan daerah-daerah di luar Lembah Klang selaras dengan aspirasi RMK-10?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk merombak dan menetapkan fokus dan jenis aktiviti pembangunan sosioekonomi baru di semua daerah di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah arah tuju dan perancangan khusus bagi pembangunan daerah Kuala Langat?

    Klik jawapan »

85) MEDIA ALTERNATIF KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Media saluran utama tidak memberikan liputan kepada usaha dan programÐ program Kerajaan Negeri Selangor . Justeru itu Kerajaan Negeri melancarkan TV Selangor dan TV Antara sebagai media alternatif. Adakah Kerajaan Negeri membuat kajian tentang keberkesanan media alternatif ini sejak ianya dilancarkan?

  2. Berjayakah akhbar Selangorkini menyalurkan maklumat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Negeri Selangor?

86) PELABURAN SEKTOR SWASTA (PSS)

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peratusan pelaburan sektor swasta di negeri Selangor dari tahun 2005-2009

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratusan sumbangan PSS dalam GDP Negeri Selangor bagi tahun 2005-2009?

    Klik jawapan »

  3. Apakah insentif dan galakan Negeri Selangor dalam usaha mempertingkatkan peratusan PSS?

    Klik jawapan »

87) PEMBANGUNAN TANAH UTILITI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah utiliti dan kemudahan awam?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengekalkan tanah rezab telekom daripada dibangunkan menjadi tanah komersil?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempertahankan tanah kegunaan utiliti ini untuk kepentingan awam?

    Klik jawapan »

88) MEMPERKASAKAN SEKOLAH-SEKOLAH ALIRAN AGAMA ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah prestasi terkini perancangan Jabatan Agama Islam dalam memperkasakan lagi sekolah-sekolah agama sama ada rendah atau menengah di negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Adakah JAIS mempunyai perancangan untuk membina lebih banyak lagi sekolah menengah agama yang semakin mendapat sambutan dari kalangan rakyat di negeri Selangor

    Klik jawapan »

89) PILIHANRAYA PBT

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan pilihanraya peringkat PBT ini sendiri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan negeri setuju dengan kenyataan bahawa pilihanraya itu akan mengurangkan fokus kerja PBT sebaliknya sibuk berpolitik (politiking)?

    Klik jawapan »

  3. Adakah impak positif yang bakal berlaku jika cadangan ini dapat dilaksanakan?

    Klik jawapan »

90) ISU BONUS KSSB

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Isu Bonus Kumpulan Semester Sendirian Berhad (KSSB) telah dijadikan tumpuan orang ramai, adakah Kerajaan Negeri masih memberikan kuasa muktamad kepada pengurusan KSSB untuk memberi bonus yang tinggi pada masa akan datang?

    Klik jawapan »