Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

151) TOURISM SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Tourism Selangor telah diamanahkan untuk menguruskan tiket penerbangan pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Selangor sama ada di dalam atau di luar negara. Apakah rasionalnya kos tambang penerbangan yang di kenakan adalah jauh lebih tinggi kalau di bandingkan dengan kos yang di tawarkan oleh agensi travel and tours yang lain ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang akan di ambil oleh Tourism Selangor bagi mengatasi masalah ini bagi merealisasikan perbelanjaan berhemah dan berjimat yang di laung-laungkan kepada rakyat ?

    Klik jawapan »

152) PELABURAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2009 mengikut pecahan daerah ?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2010 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan sejauh manakah keyakinan para pelabur terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan prinsip keupayaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban ?

    Klik jawapan »

153) PROGRAM BANTUAN BINA RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan bilangan rumah yang telah dibina melalui program ini di Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan bilangan permohonan yang telah diterima setakat ini untuk pembinaan rumah percuma warga miskin

    Klik jawapan »

  3. Berapa lamakah proses kelulusan permohonan dan pembinaan perumahan tersebut?

    Klik jawapan »

154) DISKAUN BUMIPUTERA UNTUK PEMBELIAN RUMAH RM500,000 KE ATAS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri akan bercadang menilai kembali diskaun pembelian rumah berharga RM500,000 ke atas dan digantikan dengan satu sistem alternatif yang meminta pembeli rumah membayar harga penuh di mana sebahagian wang yang dibayar digunakan untuk membantu orang miskin memiliki rumah sendiri di bawah satu tabung amanah?

    Klik jawapan »

155) KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan Selangor terhadap balairaya-balairaya yang tidak digunakan bagi manfaat penduduk setempat yang mana sekarang ini terbiar dan ada yang telah dirosakkan juga dicuri oleh penagih dadah.

    Klik jawapan »

156) KESELAMATAN PEJABAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor mengenai kes penemuan kamera kecil yang telah ditemui di pejabat Dato' Menteri Besar Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh mana kelemahan kawalan keselamatan tersebut telah dikenal pasti dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan keselamatan bangunan Pejabat Kerajaan Negeri Selangor ?

    Klik jawapan »

157) PERUNTUKAN SEKOLAH TAMIL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Wujud pertikaian tentang kaedah penyaluran peruntukan untuk sekolah Tamil di Selangor yang tidak menepati kelompok sasar. Apakah garis panduan penyaluran peruntukan tersebut?

  2. Apakah kaedah untuk memastikan masalah pertikaian ini tidak berlaku masa hadapan?

  3. Berikan statistik jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan pihak penerima mengikut daerah?

158) PERANAN PENGARAH PENERANGAN PEJABAT MENTERI BESAR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Pengarah penerangan Pejabat Menteri Besar dalam membantu menyebarluaskan informasi kerajaan Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Apa pula pencapaian JKKK dan TV Selangor dalam membantu melebar luaskan informasi pembangunan negeri Selangor

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan untuk tujuan informasi rakyat.

    Klik jawapan »

159) MENYEWA TANAH KERAJAAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan pihak manakah yang meluluskan penyewaan tanah kerajaan dan kriteria yang digunakan. Sila nyatakan kenapa pihak tertentu diberikan kuasa yang besar?

    Klik jawapan »

  2. Adakah ADN berkenaan akan dimaklumkan dan diberi peluang untuk komen satu permohonan. Sila jelaskan

    Klik jawapan »

  3. Sila sebutkan di manakah sistem check & balance dalam perkara ini?

    Klik jawapan »

160) KUIL-KUIL HINDU

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kuil-kuil Hindu di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah kuil-kuil Hindu yang tidak memiliki hak milik tanah mereka sendiri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan dan menjamin hak milik asal hartanah bagi kesemua kuil-kuil Hindu tersebut dapat dikeluarkan?

    Klik jawapan »