Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

71) PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah kemajuan Projek Pembersihan Sungai Kelang? Apakah rasional Kerajaan Negeri menukar status pembiayaan projek ini daripada Public-Private Initiative (PPI) kepada Private Financing Initaitive (PFI)?

    Klik jawapan »

72) TADIKA RAKYAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukkan yang diluluskan untuk pembinaan Tadika Rakyat?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan kriteria pemilihan tapak Tadika Rakyat. Senaraikan Tadika Rakyat yang tela dikenal pasti dan anggaran kos bagi setiap satu.

    Klik jawapan »

  3. Apakah prosedur bagi permohonan membina Tadika Rakyat di sesuatu kawasan?

73) PEMBALAKAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kes pembalakan tanpa izin yang berlaku di dalam tahun 2009 & 2010?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan mempunyai rancangan membuka kembali pembalakan secara selektif di Hutan Simpanan dan hutan bakau?

    Klik jawapan »

  3. Apakah rancangan dan tindakan diambil oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor untuk mencegah pembalakan dan pencerobohan hutan simpanan?

    Klik jawapan »

74) DIALOG MAHASISWA MENGENAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Usaha menghimpun mahasiswa untuk dialog dan memberi penerangan tentang Negeri Selangor diadakan sempena Raya Idul Fitri pada 22 Syawal 1431 = 01 Oktober 2010 di Annex, Dewan Negeri Selangor. Difahamkan mengenai kehadiran mengecewakan, Mengapa?

    Klik jawapan »

  2. Adakah sebarang sekatan oleh pentadbir-pentadbir pengajian tinggi?

  3. Adakah objektif pertemuan dicapai?

    Klik jawapan »

75) IBU TUNGGAL DAN ORANG MISKIN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Apakah bentuk bantuan yang beri oleh kerajaan Selangor kepada ibu tunggal dan orang miskin?

    Klik jawapan »

  2. Berapa nilai bantuan yang diberikan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah bentuk kehadiran yang telah diberi bagi menaik taraf kehidupan mereka?

    Klik jawapan »

76) POLITIK MASJID

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Terdapat aduan dan laporan mengingkari titah arahan DYMM Sultan Selangor agar tidak menjadi masjid dan surau gelanggang berpolitik. Apakah definisi larangan berpolitik mengikut titah arahan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah statistik aduan yang diterima seluruh negeri?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah pengingkaran ini?

    Klik jawapan »

77) LESEN ARAK

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Terdapat cadangan oleh ahli majlis untuk memindahkan kuasa pengeluaran lesen menjual minuman keras dari pejabat daerah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Apakah cadangan ini akan direalisasikan oleh kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  2. Apakah cadangan ini dapat membantu EXCO agama Islam dalam mengawal penjualan arak?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah ini dapat mengekang aktiviti penjualan arak di kawasan majoriti Islam?

    Klik jawapan »

78) KEDUDUKAN KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan butiran terperinci bagaimanakah prestasi dan kedudukan kewangan Negeri Selangor bagi tempoh 9 bulan yang pertama tahun 2010 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan bagaimanakah kesan kelembapan ekonomi global terhadap kedudukan kewangan Negeri ?

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Negeri ?

    Klik jawapan »

79) RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan bahawa harga rumah tidak melambung terlalu tinggi dan ianya masih mampu dimiliki oleh kebanyakan warga Selangor?

    Klik jawapan »

80) PROJEK METROPOLIS KESIHATAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Meminta kerajaan negeri memberi penerangan terperinci terhadap projek kesihatan yang sangat penting terhadap rakyat Petaling Jaya ini

    Klik jawapan »

  2. Sama kerajaan negeri akan memperuntukkan atau menetapkan supaya sebuah hospital kerajaan didirikan di Petaling Jaya memandangkan rakyat Petaling Jaya perlu hanya bergantung kepada PPUM yang merupakan hospital separuh kerajaan

    Klik jawapan »