Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

81) PERINDUSTRIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah kejayaan yang dapat ditunjukkan oleh jawatankuasa pengurusan taman perindustrian / IPMC dalam membangunkan suasana perindustrian di negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Adakah syarikat-syarikat perindustrian di negeri Selangor dapat membantu merancakkan pembangunan negeri Selangor terutamanya dalam khidmat masyarakat atau csr nya.

    Klik jawapan »

  3. Berapa banyakkan peluang pekerjaan yang diberikan dan sambutan rakyat Selangor terhadap peluang pekerjaan ini.

    Klik jawapan »

82) BAYARAN PREMIUM TANAH KG BARU DENGKIL. KERAJAAN TELAH MENGENAKAN SEMULA KADAR BAYARAN PREMIUM KEPADA 40 LOT RUMAH DI KG BARU DENGKIL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakan bantuan yang kerajaan negeri berikan kepada mereka yang tidak mampu untuk membayar premium yang tinggi

    Klik jawapan »

  2. Bagi mereka yang telah membayar premium bilakah surat hak milik akan dikeluarkan

    Klik jawapan »

83) PENYALAHGUNAAN KUASA (SURAT SOKONGAN) AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapa orang Ahli Majlis PBT yang terlibat dalam perkara salah guna kuasa dan melanggar kod etika kerja?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan tatatertib yang telah diambil?

    Klik jawapan »

84) BEKALAN AIR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri mendakwa bekalan air cukup kepada rakyat Selangor sehingga 2019 berbanding laporan awal pihak kementerian yang mengatakan krisis bekalan meruncing tahun 2014. Apakah asas dakwaan ini dan siapakah konsultan yang mengkaji unjuran tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedia bertanggungjawab jika krisis bekalan air berlaku lebih awal ?

    Klik jawapan »

85) PRESTASI YDP DI SETIAP MAJLIS TEMPATAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan cara-cara untuk menilai prestasi YDP? Sila kemukakan borang atau laporan penilaian sejak tahun 2009

    Klik jawapan »

  2. Mengapakah penilaian tersebut tidak terlibat ahli majlis, ADN dan rakyat?

    Klik jawapan »

  3. Kenapakah satu sistem putaran tidak dapat dijalankan? Sila jelaskan secara terperinci.

    Klik jawapan »

86) MASJID

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah masjid baru yang akan di bina oleh kerajaan negeri dan berapakah pula yang terbengkalai sejak tahun 2008,, apakan penyebab utamanya?

    Klik jawapan »

87) BANTUAN BIASISWA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah dan statistik para pelajar mengikut kaum yang telah menerima bantuan biasiswa daripada Kerajaan Negeri pada masa kini?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah bantuan biasiswa yang telah diberikan kepada setiap pemohonpemohon tersebut dan apakah statistik dari segi jurusan yang diambil dan juga nama-nama institusi-institusi pengajian tinggi para pemohon tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membaiki sistem pemilihan di dalam pemberian biasiswa tersebut dan apakah strategi bagi menggalakkan lebih ramai para pelajar untuk memohon dan menikmati biasiswa daripada Kerajaan Negeri Selangor ini?

    Klik jawapan »

88) PELABURAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Tahniah rombongan ke luar negara yang di ketuai oleh EXCO bertanggungjawab yang baru-baru ini membawa pulang berbillion ringgit hasil pelaburan tersebut. Apakah prasangka mereka terhadap Kerajaan Negeri Selangor bila mana banyak Negara-negara asing menarik balik atau enggan meneruskan pelaburan juga perdagangan mereka dengan Kerajaan Malaysia, dan apakah rancangan kita di tahun-tahun yang akan datang untuk menambahkan lagi pelaburan kita?

    Klik jawapan »

89) TAPAK KUIL HINDU DI TAMAN SRI NANDING, HULU LANGAT

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Tapak kuil ini terletak di antara Taman Sri Nanding dan Taman Lagenda Suria di Hulu Langat. Penghuni kedua-dua taman ini lebih 90% adalah terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam. Tapak kuil ini pula terlalu hampir dengan perumahan dan mendapat bantahan keras daripada penduduk. Adakah Kerajaan Negeri akan memindahkan tapak kuil ini ke kawasan yang lebih sesuai?

    Klik jawapan »

90) AHLI MAJLIS

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Terdapat kes pergaduhan melibatkan ahli majlis sehingga mendatangkan kecederaan. Berikan statistik kes dan masalah yang melibatkan ahli-ahli majlis?

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan terhadap ahli majlis yang terlibat dalam jenayah dan penyelewengan?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengkaji kaedah pelantikan ahli majlis bagi mengelakkan masalah ini berlaku?