Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
1) PENINGKATAN HASIL KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan syarikat-syarikat yang dilantik untuk mengorek hasil pasir di negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah hasil pasir yang berjaya dikutip sejak Pakatan Rakyat memerintah berbanding kerajaan terdahulu?
-
Apakah tindakan kerajaan untuk membanteras aktiviti mencuri pasir?
2) GERAN PAJAKAN HAKMILIK TANAH KAMPUNG BARU
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah keluasan kampung baru Site A, B dan C Sekinchan serta senaraikan jumlah bilangan lot-lot tapak rumah bagi setiap satu kampung.
-
Sila nyatakan punca utama yang menyebabkan sehingga kini masih terdapat sejumlah besar penduduk ketiga-tiga kampung baru masih gagal memperolehi geran pajakan hak milik tanah walaupun bayaran premium tanah sudah dijelaskan lebih daripada 3 tahun?
3) KOMUNITI BERPAGAR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah komuniti berpagar di Selangor?
-
Adakah garis panduan semasa akan dinilai semula untuk membuatkannya lebih relevan kepada keperluan komuniti yang diancam jenayah?
4) KEPERLUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA MENENGAH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Ramai ibu bapa mahukan anak-anak mereka juga pelajar-pelajar berhasrat menyambung pengajian mereka ke Sekolah Menengah Agama, malangnya sekolah berkenaan tidak mencukupi. Setakat ini berapakah keperluan sekolah dan pelajar yang dapat disediakan di negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi tambahan keperluan sekolahSekolah Agama Menengah di Selangor?
-
Adakah pihak kerajaan menggalakkan pertumbuhan Sekolah-sekolah Agama Menengah swasta di bawah kawalan Kerajaan Negeri?
6) DEWAN ORANG RAMAI DI DAERAH PETALING YANG DISALAHGUNA SEBAGAI PREMIS PARTI POLITIK
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak dewan orang ramai di Daerah Petaling yang disalah guna sebagai premis parti politik sepanjang tahun 2004 Ð 2008?
-
Berapa banyak sudah dikembalikan kepada pihak berkuasa?
-
Apakah tindakan terhadap mereka yang membina dewan orang ramai di atas tanah kerajaan untuk kegunaan parti politik tanpa kebenaran dan hak milik tanah?
8) PENGURUSAN SUNGAI DAN BADAN AIR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan untuk mempertingkatkan penadahan air di sungai-sungai Negeri Selangor?
-
Apakah rancangan untuk mewartakan rizab sungai dan badan air di Selangor?
-
Apakah rancangan untuk mewartakan kawasan tadahan air sungai-sungai Selangor sebagai Hutan Simpanan Kekal?
9) PENTADBIRAN TANAH DAN TASK FORCE
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan kes-kes tertunggak dalam pengeluaran tukar syarat dan hak milik strata, apakah tindakan kerajaan negeri dalam menghadapi permasalahan begini yang sekian lama dibelenggu terutamanya penduduk di sebahagian perkampungan Telok Gong, Pelabuhan Klang dan kawasan yang lain
-
Sila perincikan statistik guna tanah di Pelabuhan Klang khususnya dan apakah tindakan kerajaan negeri terhadap tanah-tanah yang tidak dibayar premium, cukai tanah atau lesen pendudukan sementara (tanah TOL) yang tidak diusahakan oleh pemilik.
10) PENCEROBOHAN HUTAN BAGI TUJUAN PERTANIAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan bilangan projek pertanian haram di atas kawasan hutan menurut daerah di seluruh Negeri Selangor
-
Berapa banyakkah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri disebabkan aktiviti haram ini dari tahun 2004 hingga 2008
-
Apakah faktor-faktor menyebabkan berlakunya pencerobohan hutan bagi tujuan pertanian ini dan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasinya
11) MASALAH EKONOMI GLOBAL
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Dunia kini sedang menghadapi masalah ekonomi global yang agak meruncing, jelaskan tindakan kerajaan negeri dalam menghadapi masalah ekonomi global ini terutama yang melibatkan golongan berpendapatan rendah
-
Apakah bentuk bantuan yang akan disalurkan kepada pengusaha dan pekerja yang hilang punca pendapatan ini ?
-
Jelaskan adakah perancangan dibuat untuk memberi latihan semula kepada mereka, dan jika ada bila ianya akan dimulakan dan di mana?
12) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI KAWASAN DUN BALAKONG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek perumahan terbengkalai di DUN Balakong pada tempoh sepuluh tahun yang kebelakangan ini?
-
Berapakah jumlah projek terbengkalai yang berjaya diatasi pada tempoh tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tersebut?