Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
141) PAKEJ PERANGSANG EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
-
Pakej perangsang berbentuk beberapa serampang dilancarkan pada bulan Mac 2009. Sila beritahu status kemajuannya perangsang-perangsang tersebut.
-
Apakah mekanisme wajar yang diambil untuk melaksanakannya ?
142) PERANCANGAN DAN BELANJAWAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan serta usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan perbelanjaan Negeri selaras dengan belanjawan yang dirancang dan dibentangkan pada setiap tahun (ini mengambil kira Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan Negeri di dalam proses memastikan Belanjawan mengikut prosedur dan tiada pembaziran)
-
Selain usaha Kerajaan Negeri membantu projek yang terbengkalai, apakah sasaran dan projek yang dirancang di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang dilihat dapat membantu mengatasi masalah sosio ekonomi setempat khususnya di kawasan Pelabuhan Klang?
143) PERUMAHAN KOS RENDAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Ada keperluan untuk perumahan kos rendah untuk kaum miskin di kawasan Bukit Melawati yang dibina dahulunya , banyaknya dijual kepada orang yang berhubungan rapat dengan ahli politik. Satu contoh adalah di Taman Kasawari, di mana lebih dari 20% rumah tidak di duduki oleh pemilik rumah atau kosong sahaja
-
Bolehkah kita bina lebih kurang 200 unit di kawasan Kg Kuantan / Kg Asahan dan lebih kurang 150 unit di kawasan Bukit Rotan ?
144) BANJIR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah banjir di sepanjang Sungai Langat dalam DUN Dusun Tua?
145) PERTANIAN DAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Modern Pig Farming Area Ð Apakah status projek berkenaan dan bila ia akan mula dilaksanakan?
-
Senaraikan nama syarikat juru perunding dan kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi projek pembersihan dan menaik taraf sungai Klang sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri, dan nyatakan perbelanjaan sebenar yang terlibat
146) TEKANAN AIR RENDAH
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Kampung Sungai Tekali yang menyebabkan penduduk tidak menerima bekalan air?
147) PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN DI PBT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Sudah satu tahun kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor tetapi sistem penyampaian di setiap PBT masih tidak memuaskan. Sila nyatakan usaha-usaha penambahbaikan sistem penyampaian di dalam PBT sejak tahun 2008.
-
Berapakah pegawai atau pengarah yang telah ditukarkan kerana tidak mencapai prestasi minima. Sila jelaskan mengikut PBT
-
Sila nyatakan 10 aduan yang sering diterima daripada penduduk-penduduk mengikut PBT dan sebab-sebab aduan tersebut tidak dapat diselesaikan
148) SEWA PERUMAHAN PPR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah mengkaji semula kadar sewa untuk rumah PPR di mana ianya telah dikurangkan dari RM 250 sebulan ke RM 124 sebulan bagi mereka yang layak . Senaraikan syarat-syarat bagi seseorang layak membayar sewa RM 124 sebulan sahaja.
-
Kenapakah seseorang yang mendapat bantuan zakat atau bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak layak menerima tawaran bayaran sewa RM 124?
149) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan industri kecil dan sederhana yang boleh di kategorikan berjaya di negeri Selangor
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri yang lebih terancang dalam mengetengahkan industri ini agar memberi manfaat kepada masyarakat yang lebih besar dalam menjana ekonomi negeri.
150) PELABURAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2009 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2008 mengikut pecahan daerah.
-
Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2009 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain?
-
Apakah langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor?