Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
91) PENGURUSAN SAMPAH-SARAP
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah bayaran kerajaan negeri Selangor untuk kutipan sampah bagi empat tahun yang lepas mengikut PBT dan senaraikan butir-butir kontraktor yang memprolehi kontrak mengutip sampah dalam negeri Selangor mengikut PBT. (syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai)
-
Berapakah jumlah kutipan sampah mengikut PBT dan senaraikan lokasi loji pembuangan sampah.
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi mengendalikan jumlah buangan sampah yang semakin meningkat serta cara mengatasi masalah pembuangan sampah haram?
92) KILANG HARAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah pemilik tanah yang terlibat telah memohon untuk menukar syarat tanah di bawah seksyen 124(a)&(c) Kanun Tanah Negara bagi kilang haram di seluruh Pejabat Tanah Daerah di Negeri Selangor?
-
Berapa jumlah hak milik yang telah dikeluarkan notis Borang 7A mengikut seksyen 128 Kanun Tanah Negara untuk memulihkan pelanggaran syarat yang dinyatakan mengikut seksyen 125-129 Kanun Tanah Negara di seluruh Pejabat Tanah Daerah di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap pemilik yang masih enggan mengambil tindakan untuk memohon tukar syarat mereka kepada industri walaupun peluang program ÔpemutihanÕ kilang tanpa kebenaran negeri Selangor melalui PTG Selangor. Bil. 6/2006 telah dikeluarkan oleh PTG Selangor kepada semua Pentadbir Tanah Daerah di Negeri Selangor?
93) PERWAKILAN DARIPADA KAUM INDIA SEBAGAI AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Mengapakah hanya seorang sahaja wakil daripada kalangan kaum India dipilih sebagai ÒAhli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (EXCO)Ó, ini menunjukkan seolah-olah kedudukan kaum India masih tidak berubah walaupun kini Pakatan Rakyat telah mengambil alih tampuk pimpinan dan menubuhkan Kerajaan Negeri?
-
Adakah seorang daripada kalangan kaum India akan dipilih sebagai Timbalan Menteri Besar dalam Negeri Selangor Darul Ehsan ini?
94) PENSWASTAAN PARKING
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Syarikat-syarikat yang ditawarkan projek pengurusan tempat letak kereta di negeri Selangor. Sila senaraikan nama syarikat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dan jumlah kontrak setiap syarikat setiap tahun sejak tahun 2004.
-
Jumlah hasil pengutipan tempat letak kereta oleh setiap PBT setiap tahun dari tahun 2004
-
Pihak manakah yang menanggung kos pegawai kompaun dan mahkamah?
95) PENGURUSAN AGAMA-AGAMA SELAIN ISLAM
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sehingga tahun 2006 terdapat sebanyak 810 buah kuil, 1,111 buah tokong dan 27 buah gereja di seluruh negeri Selangor. Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi tujuan baik pulih bangunan keagamaan bukan Islam pula hanya berjumlah kurang dari RM3 juta. Apakah rancangan kerajaan dalam melancar serta menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran agama-agama selain Islam di negeri Selangor?
-
Apakah rancangan dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk menambah peruntukan kewangan dalam membangunkan mahupun membaik pulih bangunan keagamaan bukan Islam di seluruh negeri Selangor?
-
Apakah status pendudukan atau pemilikan tanah rumah-rumah ibadat selain agama Islam di kawasan Hulu Kelang?
96) MASALAH PENGHUNI PANGSAPURI ADORRA SRI MUDA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Penghuni Pangsapuri Adorra Taman Sri Muda sedang berdepan kemungkinan ancaman maut kerana ceiling dan bumbungnya sering jatuh di sekeliling pangsapuri, walaupun masalah ini telah diketengahkan kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Shah Alam, namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pemaju juga merangkap syarikat penyelenggara. Pada 24hb Ogos 2008 kejadian runtuhan bumbung dan struktur berlaku lagi semasa hujan lebat. Walaupun syarikat ini mempunyai banyak projek lain, mereka seperti lepas tangan akan tanggungjawab mereka dalam penyelenggaraan di pangsapuri ini. Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pihak yang cuai atau sengaja tidak menjalankan tanggungjawab bagi menjaga keselamatan penghuni setempat.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri seperti meminda peruntukan undang-undang untuk membendung sikap degil pemaju seumpama ini berulang, dan apakah oleh kerana rumah ini milik golongan berpendapatan rendah? PBT kelihatan tidak berkuasa ke atas pemaju degil ini
97) PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang bagi projek pembangunan perumahan yang baru mesti dikenakan syarat menyediakan kawasan riadah dan juga kawasan hijau dalam usaha mewujudkan Ógreen lungÓ.
98) LESEN BESI LUSUH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah bilangan lesen besi lusuh yang dikeluarkan oleh semua PBT di Negeri Selangor dari tahun 2005 hingga 2008?
-
Apakah punca utama yang menyebabkan bilangan lesen yang dikeluarkan oleh semua PBT berkurangan sejak tahun 2007?
-
Sila nyatakan dengan jelas apakah dasar Kerajaan baru Pakatan Rakyat terhadap perkembangan industri besi lusuh ini dan nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi?
99) PENINGKATAN KES DENGGI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Peningkatan kes denggi dan jumlah kematian di Selangor ketika ini adalah amat membimbangkan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD dalam menangani masalah ini?
-
Ada sesetengah pihak yang meminta bayaran dan setengahnya pula tidak bagi khidmat penyemburan nyamuk sedangkan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk khidmat ini. Mengapakah terjadinya sedemikian?
100) LATIHAN KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI OLEH BTN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk terus menghantar kakitangan-kakitangan awam Kerajaan Negeri ke Biro Tatanegara (BTN) untuk menerima latihan dan kursus yang mempunyai unsur-unsur perkauman dan tidak selari dengan dasar CAT Kerajaan Negeri?