Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
71) SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA & TAMIL
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina & Tamil adalah amat berkurangan sehingga sesebuah sekolah itu terpaksa menampung jumlah murid yang terlalu ramai hingga menyebabkan sistem pembelajaran menjadi kurang selesa. Berapakah jumlah murid di kedua-dua sekolah tersebut di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mengadakan lebih banyak tapak simpanan untuk membina sekolah ini?
72) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai aduan yang diterima oleh kerajaan negeri terhadap kes pencemaran oleh kilang-kilang di Selangor dan apakah tindakan terkini yang telah dilakukan terhadap kilang-kilang ini dengan memberi butirannya
-
Apakah tindakan terkini terhadap aduan pencemaran udara Kilang Batu Bata LDV (Kerling) Sdn. Bhd., Lot 242, Jalam Air Panas, Kampung Baru Kerling, 44100 Hulu Selangor memandangkan kilang ini masih beroperasi biarpun banyak aduan dibuat oleh penduduk-penduduk kampung.
73) PEMBINAAN HYPERMARKET
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dalam kelulusan pembinaan hypermarket dalam sesuatu kawasan dan syarat-syarat yang dikenakan untuk meluluskan pembinaan hypermarket dalam sesebuah kawasan?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan perniagaan setempat tidak akan terjejas dengan pembinaan hypermarket?
-
Senaraikan butir-butir terperinci hypermarket yang sedia ada dan telah diluluskan mengikut PBT (lokasi, tempoh lesen)
74) INDUSTRI PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapa destinasi pelancongan yang bukan diperkembangkan dan di peruntukan oleh Kerajaan Selangor? Berikan senarai penuh destinasi-destinasi
-
Bajet tahunan yang diperuntukkan kepada projek pelancongan Selangor sejak tahun 2004
-
Jumlah pendapatan tahunan untuk mempromosi industri pelancongan Negeri Selangor?
75) KOMUNITI BERPAGAR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membuat dasar yang lebih mantap mengenai komuniti berpagar?
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan membuat enakmen atau garis panduan yang lebih jelas dan mantap untuk mengawal komuniti berpagar?
76) MASALAH KEBERSIHAN DI BANGI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Masalah kebersihan di kawasan DUN Bangi amat ketara dan rakyat tidak berpuas hati dengan tahap pembersihan di DUN tersebut. Apakah masalah di MPKj yang menyebabkan prestasi kebersihan tersebut menurun?
-
Beri nama kontraktor-kontraktor yang mengendalikan kebersihan di DUN Bangi.
-
Apakah tindakan yang diambil bagi mempertingkatkan prestasi kerbersihan di kawasan DUN ini.
77) BANJIR KILAT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kawasan-kawasan di bawah daerah Petaling yang dikenal pasti sebagai kawasan banjir kilat.
-
Adakah peruntukan kewangan yang dibajetkan untuk tahun 2008/09 bagi skim-skim tebatan banjir dalam negeri untuk kawasan-kawasan ini dan berapa banyak?
-
Kawasan-kawasan yang manakah telah diperuntukkan kewangan sebegini dan berapa banyak?
78) KEKURANGAN BEKALAN PASIR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Kekurangan bekalan pasir di Negeri Selangor telah menjadi masalah kepada projekprojek pembangunan. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ini?
-
Apa perkembangan masalah ini di Daerah Sepang?
79) PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah perkampungan Orang Asli dan keturunannya yang masih wujud di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah perkampungan Orang Asli yang telah dibangunkan sebagai kawasan perumahan ataupun komersial dari tahun 2004 hingga 2007 ? Sila berikan butir-butir
-
Apakah pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat Orang Asli dari terus terpinggir oleh arus pembangunan moden ?
80) PENTADBIRAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta satu senarai bilangan tenaga manusia yang berkhidmat di setiap pejabat tanah dan daerah mengikut pangkat dan pengalaman dalam pengurusan hal ehwal tanah bersertakan jumlah kutipan cukai tanah tahunan setiap pejabat daerah ini pada tahun 2007