Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
41) CSR MBI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Sumber pendapatan baharu negeri adalah daripada keuntungan operasi GLC-GLC yang di urus oleh MBI. Di segi peraturan adalah pendapatan ini mesti dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri atau boleh digunakan terus oleh MBI atas nama CSR?
42) PROGRAM INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah agenda Kerajaan Negeri di dalam menjamin kestabilan, kesejahteraan dan kesentosaan negeri?
43) KEBAJIKAN PENUNTUT ANAK SELANGOR DI LUAR NEGARA DALAM ERA COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri terbabit menangani permasalah pelajar IPT anak Selangor samada di dalam atau luar negara yang terjejas disebabkan penularan wabak Covid-19?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil jika benar Kerajaan Negeri ada terbabit?
-
Berapakah kos yang dibelanjakan bagi urusan tersebut?
44) KELANGSUNGAN EKONOMI ANAK MUDA
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha ataupun rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu anak-anak muda Selangor bagi menangani isu kelangsungan (survival) ekonomi anak muda ?
45) PERKHIDMATAN PEMBACA METER AIR SELANGOR DAN DISKAUN BIL AIR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Memohon penjelasan pihak Air Selangor kenapa tidak membuat bacaan meter air semasa PKP?
-
Adakah pihak Air Selangor mahu menyelaraskan semula bil air dan memberi diskaun bil air bagi meringankan beban rakyat semasa PKP.
46) NYAHWARTA HUTAN SIMPAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapa jumlah hutan simpan kekal yang telah dinyahwarta pada tahun 2020.
-
Di mana proses pendengaran awam berkenaan penyarwataan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan Hutan Simpan Bukit Lagong?
-
Apa maklum balas terkini berkenaan pewartaan FRIM sebagai Tapak Dunia UNESCO?
47) PENJAJARAN SEMULA WIFI SMART SELANGOR BAGI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri melalui Wifi Smart Selangor untuk memastikan pelajar yang menggunakan "online learning" tidak ketinggalan?
48) BAIK PULIH APARTMENT KRISTAL
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam menangani isu projek Apartment Kristal yang terbengkalai sejak sekian lama?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mengatasi masalah yang rata-rata unit Kristal sudah ada pembeli dimana mereka hanya terpaksa membayar hutang bank begitu sahaja kerana rumah dibeli terbengkalai?
49) BANGUNAN TERBENGKALAI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi bangunan dan premis kerajaan yang terbiar usang khususnya di tepi jalan utama yang sedikit sebanyak mencacatkan pemandangan?
-
Adakah ada bajet untuk proses baikpulih untuk memperindahkan kawasan ini kerana bangunan ini terletak di kawasan yang strategik?
50) GUGUSAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan ada menyediakan geran atau apa-apa bantuan khusus untuk petani yang ingin mengusahakan pertanian moden?
-
Adakah Kerajaan sudah mengenalpasti lokasi-lokasi strategik dan sesuai untuk penanaman Tanaman Berpenghasilan Tinggi (High Value Crop) di Negeri Selangor?