Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

51) PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kebaikan menukar sesebuah dewan komuniti biasa kepada Pusat Aktiviti Warga Emas? Apakah jenis dana ataupun peruntukan yang akan diperolehi sekiranya PAWE dibuka?

    Klik jawapan »

  2. Apakah jenis-jenis bangunan yang telah dijadikan sebagai Pusat Aktiviti Warga Emas? Adakah kebanyakan daripada bangunan dimiliki oleh Kerajaan Tempatan?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah yang akan bertanggungjawab memiliki serta mengendalikan PAWE yang dibuka?

    Klik jawapan »

52) SKIM SMART SEWA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah penduduk-penduduk Selangor yang telah mendapat manfaat daripada program Skim Smart Sewa setakat ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah proses memohon Skim Smart Sewa oleh penduduk Selangor yang berminat? Apakah syarat-syaratnya dan berapakah yang telah memohon setakat ini?

    Klik jawapan »

  3. Selain daripada tidak hutang dalam membayar sewa, apakah sebab-sebab lain yang akan mengakibatkan kelayakan peserta Skim Smart Sewa terbatal? (contohnya, bayar sewa tetapi tidak membayar kos penyelenggaraan)

    Klik jawapan »

53) RIZAB BERSIH KEWANGAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah rizab bersih di setiap PBT sehingga yang terkini.

    Klik jawapan »

54) PEMBERDAYAAN WANITA MELALUI PROGRAM “WORK FROM HOME”?

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan terkini mengenai agenda pemberdayaan golongan wanita melalui "Work From Home"? Bilakah Kerajaan Negeri akan memulakan program ini dan bagaimanakah golongan wanita di Selangor boleh melibatkan diri?

    Klik jawapan »

55) PENGUNAAN PANGKALAN DATA KEMISKINAN (E-KASIH)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan kini telah mula menggunakan sistem E-Kasih bagi merancang dan melaksanakan program kemiskinan. Program-program apakah di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang diluluskan permohonannya hanya berdasarkan sistem E-Kasih?

    Klik jawapan »

56) PROJEK PEMBANGUNAN KESELAMATAN DI DUN BANDAR UTAMA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan sekiranya ada, apa-apa projek pembangunan keselamatan (contoh : CCTV, lampu LED dan sebagainya) di bawah DUN Bandar Utama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

    Klik jawapan »

57) TANAH PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS) DI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan tanah milikan PKPS yang diusahakan secara sendiri atau usaha sama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri/syarikat luar di seluruh Selangor secara terperinci.

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan tanah milikan PKPS yang telah disewa dan dipajak kepada pihak lain di seluruh Selangor secara terperinci.

    Klik jawapan »

  3. Adakah tanah milikan PKPS yang masih merupakan tanah kosong dan terbiar di seluruh Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

58) PROJEK MENGGANTI DAN MELEBARKAN JAMBATAN DI ATAS SUNGAI BATANG KALI FT001

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai pihak Kementerian Kewangan mengkaji semula nilai kontrak Projek Mengganti dan Melebarkan Jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai kemajuan kerja dan tarikh siap Projek Mengganti dan Melebarkan Jambatan di atas Sungai Batang Kali FT001? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

59) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri mendapat maklumat terkini mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Projek Perumahan Taman Lembah Beringin? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Klik jawapan »

  2. Status terkini kerja-kerja infrastruktur ke atas projek terbengkalai Kampung Melayu Rasa melalui Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT).

    Klik jawapan »

60) PENERIMA KAD PEDULI SIHAT DUN KAMPUNG TUNKU

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah statistik terkini penerima Kad Peduli Sihat DUN Kampung Tunku?

    Klik jawapan »