Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
101) INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Harap jelaskan kepada Pusat Khidmat DUN-DUN samada inisiatif-inisiatif peduli rakyat masih kekal diberikan sehingga kini atau tidak
-
Sila juga memberi penjelasan apakah jenis inisiatif peduli rakyat yang telah dibatalkan dan yang telah dikurangkan?
-
Sub-soalan telah di tolak
102) SENI DAN SASTERA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat sebarang usaha dari Kerajaan untuk merancakkan aktiviti seni dan sastera di Selangor?
103) ISU BANJIR DI TAMAN MUTIARA BUKIT RAJA, KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dalam menangani masalah banjir yang berlaku setiap kali hujan lebat di kawasan Taman Mutiara Bukit Raja, Klang?
-
Apakah wujud perancangan jangka panjang oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
104) BANTUAN PESAKIT-PESAKIT YANG MEMERLUKAN RAWATAN DIALYSIS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan dialysis yang semakin meningkat saban hari dengan kos semakain menaik dan menjadi lebih mahal?
105) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian terbaik belia Selangor dalam bidang sukan?
-
Apakah program insentif untuk pembangunan persatuan belia Selangor?
-
Berikan jumlah peratusan belia yg terlibat dengan pertubuhan belia di Selangor
106) PERMIT KEGUNAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL KUALA LANGAT SELATAN DI SUNGAI KELAMBU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status pemberian permit kegunaan hutan simpanan kekal Kuala Langat Selatan di Sungai Kelambu untuk petani tanaman kontan?
107) PELAN PEMBANGUNAN PENEROKA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk memudahcara implementasi Pelan Pembangunan Peneroka yang melibatkan penggunaan tanah melalui Akta Tanah (kawasan penempatan berkelompok) 1960 dan Perjanjian Bersama Antara FELDA dan Kerajaan Negeri?
108) KILANG PLASTIK HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
PBT telah mengambil tindakan terhadap kilang plastik haram. Walaubagaimanapun, masih ada kilang yang akan pindah ke tempat lain terutamanya di dalam Selangor. Adakah kerajaan dapat membeku pemohonan lesen baru kilang kitar semula untuk memastikan sisa-sisa yang ada sekarang dapat diselesaikan?
109) ISU PEDULI SIHAT DAN KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pihak EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemerdayaan Keluarga berkenaan isu Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang banyak terima rungutan rakyat yang mana ada yang layak tetapi dikeluarkan kerana melebihi kuota?
110) PEMASANGAN KAWALAN LITAR TERTUTUP (CCTV)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memasang CCTV di kawasan tumpuan dan kawasan tertentu bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini di Puncak Alam?