Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

81) PERBELANJAAN MARRIS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis


  1. Memohon data dan perincian perbelanjaan dana MARRIS Selangor berbanding peruntukan MARRIS yang diberikan bagi tempoh 5 tahun.

    Klik jawapan »

82) PELABURAN LANGSUNG DALAM PROJEK SWASTA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis


  1. Mohon data dan perincian pelaburan langsung Kerajaan Negeri dalam projek swasta dan kadar pulangannya.

    Klik jawapan »

83) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMATUHI ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR DAPAT DIURUS DENGAN BAIK

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Kerajaan Negeri melalui PBT atau agensi berkaitan, secara jangka pendek dan panjang merancang kaedah pelupusan sisa pepejal (sampah domestik) secara alami dan ekonomik selain sistem pelupusan di kawasan terbuka sedia ada ketika ini?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha Kerajaan untuk mengelakkan isu pencemaran di Pasir Gudang tidak berlaku di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan penggunaan plastik selain kempen beg plastik dan meningkatkan kadar mengitar semula sampah?

    Klik jawapan »

84) PENGURUSAN RUMAH BERTINGKAT KOS RENDAH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Selepas Skim Ceria, adakah Kerajaan telah ada perancangan atau bersedia untuk melaksanakan program serupa bagi membantu meningkatkan tahap kehidupan rakyat yang tinggal di rumah-rumah bertingkat (strata) kos rendah?

    Klik jawapan »

  2. Selain dari program Skim Ceria, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memperuntukkan sedikit bantuan kewangan untuk JMB yang mengalami masalah kutipan yuran penyelenggaraan bagi membantu penyelenggaraan kawasan JMB?

    Klik jawapan »

85) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI WAZE

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah status terkini kejayaan sistem lapor jalan rosak melalui aplikasi Waze?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah aduan diterima, jumlah aduan selesai dan tempoh masa penyelesaian.

    Klik jawapan »

86) HUB PENDIDIKAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Merujuk Strategi Pertama - Memacu Pembangunan Negeri Selangor - Gugusan Pendidikan (Selatan), adakah telah terdapat rancangan pembangunan infrastruktur pendidikan seperti yang dirancang?

    Klik jawapan »

  2. Hub Pendidikan Teratai mencadangkan agar dibangunkan infrastruktur pendidikan seperti kolej-kolej kemahiran melalui pelaburan kerajaan atau swasta bagi memenuhi keperluan masyarakat kawasan bandar seperti Ampang Jaya.

    Klik jawapan »

87) SMART SELANGOR BUS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Berapa peruntukan telah disalurkan bagi membina perhentian bas Smart Selangor? Sudah ada berapa perhentian bas ini sudah siap dibina?

    Klik jawapan »

  2. Mohon senaraikan jumlah laluan yang telah diluluskan oleh Stanco Pengangkutan Bandar Selangor mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan sehingga Jun 2019 dan jumlah perjalanan dan jumlah penumpang Smart Selangor Bus mengikut setiap Pihak Berkuasa Tempatan dari bulan Januari 2019 hingga Jun 2019.

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah penumpang?

    Klik jawapan »

88) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Adakah rumah ibadat bukan Islam (tanpa berdaftar) lebih banyak berbanding dengan rumah ibadat bukan Islam (berdaftar) dalam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Bolehkah menyenaraikan jumlah rumah ibadat bukan Islam berdaftar dan tidak berdaftar dalam pentadbiran MPAJ serta tahun pembinaan?

    Klik jawapan »

89) NYATAKAN KEBERKESANAN/IMPAK PROGRAM JOM SHOPPING

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan bagi memastikan tiada penerima yang sama setiap tahun?

    Klik jawapan »

  2. Jika ada, apakah langkah-langkah akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri berkenaan isu seperti di atas?

    Klik jawapan »

90) ISU-ISU PROJEK TERBENGKALAI, PERTUKARAN KEGUNAAN TANAH DAN TANAH KERAJAAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan semua tanah industri di daerah Hulu Langat yang telah ditukar kegunaan daripada industri kepada kegunaan lain. Sila beri nama pemilik, saiz tanah, jenis kegunaan baru dan premium tanah yang dibayar

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan bilangan, lokasi dan saiz tanah kerajaan dan tanah kosong yang masih ada di dalam DUN Teratai.

    Klik jawapan »

  3. Senaraikan projek-projek terbengkalai, status, tindakan semasa dan anggaran penyelesaian dalam Pentadbiran MPAJ

    Klik jawapan »