Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
121) PENGGUNAAN BEG PLASTIK
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan kempen Selangor Bebas Beg Plastik.
-
Adakah Kerajaan Negeri pernah mengambil tindakan terhadap pengusaha yang memberi beg plastik percuma?
122) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah rekod tindakan kerajaan setakat ini kepada pemilik yang menyewakan Rumah Selangorku kepada pihak ketiga daripada tahun 2017 sehingga kini?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menemui solusi terbaik bagi mencegah perkara ini berulang?
-
Apakah tindakan seterusnya kepada mereka?
123) MASALAH MISKIN BANDAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah program bantuan yang kerajaan dirancang bagi rakyat kategori M40 khususnya dia bandar-bandar memandangkan ramai mereka seolah terabai dari segi bantuan-bantuan sama ada negeri mahupun persekutuan?
-
Apakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk menurunkan syarat umur permohonan rumah prihatin ?
124) STATUS TAPAK PEMINDAHAN BARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Adakah dengan menjawab pertanyaan saya bahawa ÒKerajaan Negeri, PTD Gombak dan pihak MPAJ tidak pernah berjanji untuk menyediakan penempatan baru peniagaÓ bererti telah terbatal jaminan Kerajaan Negeri yang terdapat dalam hansard Dewan Negeri Selangor, 9 Nov 2017, ms 19.
125) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Pada tahun 2018, berapa banyak hasil pendapatan yang diberikan oleh kumpulan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor?
126) PENDAPATAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan pendapatan Yayasan Selangor utk tempoh 5 tahun sejak 2014 sehingga kini.
-
Apakah yang menyebabkan masalah ini, dan apakah cadangan pihak pengurusan Yayasan utk meningkatkan pendapatan Yayasan Selangor?
127) PENTERNAKAN RUMINANT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk memajukan penternakan ruminant di Negeri Selangor?
-
Jika ada berapakah jumlah peruntukan yang disediakan dan bagaimana ia dilaksanakan?
128) CARA PENYAMPAIAN SUMBANGAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menambahbaik cara penyampaian sumbangan SMUE ke pada warga emas Selangor? Sebagai contoh, membenarkan warga emas untuk mendapatkan voucher shopping sepanjang tahun dan bukannya di bulan Hari Jadi sahaja supaya tiada yang ketinggalan.
129) PENCEMARAN BEKALAN AIR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan punca dan kawasan yang berlaku pencemaran air yang menjejaskan bekalan air sejak tahun 2008.
-
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan gangguan air disebabkan pencemaran sumber air mentah dapat dikurangkan?
130) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri sekiranya mendapati iklan yang menjualkan Rumah Selangorku sebelum 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dan tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekiranya mendapati Rumah Selangorku disewa oleh pemilik kepada pihak lain?