Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
191) PENUKARAN SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah langkah Kerajaan Negeri Selangor meminda skim mesra usia emas ( SMUE ) memberi kesan ketara pendapatan hasil Kerajaan Negeri?
-
Nyatakan jumlah penjimatan yang diperolehi Kerajaan Negeri Selangor?
192) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah tindakan telah diambil bagi menangani isu pencemaran Sungai Buloh khususnya yang memberi kesan kepada para nelayan di Bagan Sungai Buloh?
-
Berapakah bajet Kerajaan Negeri bagi tujuan program penerangan ini?
193) SYARAT NYATA HAKMILIK TANAH LADANG KELAPA SAWIT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak hakmilik tanah pertanian untuk penanaman pokok kelapa sawit yang masih belum didaftarkan tujuan penanaman pokok kelapa sawit sebagai syarat nyata hakmiliknya di daerah Kuala Langat?
-
Berapa banyak permohonan yang telah diterima, sedang diproses dan selesai diproses sehingga sekarang
194) PENDAFTARAN MARRIS BAGI JALAN PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Sehingga akhir 2018, berapakah jumlah keseluruhan panjang jalan pertanian yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS?
-
Apakah pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian?
195) PENCEMARAN AIR DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Selangor telah mengalami 5 kali pencemaran air. Apakah cara-cara kerajaan dapat mengatasi kejadian seperti ini berlaku akan datang?
-
Berapakah kes yang telah dibawa ke mahkamah selepas pencemaran berlaku?
-
Apakah hukuman yang telah dijatuhkan ke atas pesalah?
196) PENGUATKUASA KERAJAAN TEMPATAN DAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri ada membuat kajian punca-punca kenapa pihak penguatkuasa kerajaan tempatan dan pejabat daerah lambat untuk bertindak dengan cepat terhadap aduan rakyat tempatan terhadap warga asing yang berniaga, aktiviti pembuangan sampah haram dan pencerobohan tanah kerajaan?
-
Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan B40?
-
Apakah sistem data maklumat yang akan dirujukan untuk golongan B40?
197) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci,hasil kajian mengenai penjajaran program air percuma di Selangor.
-
Apakah mekanisma terbaik untuk memastikan setiap rakyat yang memerlukan benar benar tidak tercicir dari Skim Air Darul Ehsan?
198) PELEBARAN JALAN UTAMA KAMPUNG PENDAMAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menaiktaraf dan melebarkan jalan utama Kampung Pendamar yang semakin sesak dengan kenderaan berat seperti lori kontena demi keselamatan dan keselesaan penduduk setempat?
-
Apakah cadangan kerajaan dalam menangani isu kawasan tanah perkuburan yang semakin berkurangan?
199) PRESTASI AGEN PENGURUSAN YANG DILANTIK OLEH COB
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Bilakah agen pengurusan yang dilantik oleh COB MBPJ akan mengganti semua tong sampah yang sudah pecah di flat PKNS di Seksyen 17 Petaling Jaya?
-
Adakah agen pengurusan ini sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik yang tidak membayar fi penyelenggaraan?
200) USAHAWAN BIDANG PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak kerajaan berhasrat membuka tanah-tanah baru untuk diberikan kepada anak-anak muda yang berminat untuk menjadi usahawan dibidang pertanian?