Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
211) INSTITUT DARUL EHSAN (IDE)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada IDE dari 2017 hingga kini mengikut pecahannya?
-
Apakah kejayaan IDE yang membantu dalam membuat dasar-dasar baharu pentadbiran Kerajaan Negeri?
212) PENCEMARAN AIR SUNGAI YANG MENJADI SUMBER AIR TERAWAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas 4 episod pencemaran air di Negeri Selangor?
-
Adakah tindakan tegas telah diambil terhadap kilang-kilang tanpa lesen di sepanjang jajaran sungai sumber air mentah yang menjadi penyumbang kepada pencemaran tersebut?
213) INSTITUT PEMBEDAYAAN PEKERJA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakan peruntukan sebanyak 1Juta (2019) yang telah digunakan ?
-
Untuk apakan ( jika ada ) peruntukan tersebut digunakan?
-
Siapa kah atau jawatankuasa yang bertangungjawab menjalankan Institut tersebut?
214) “CORRECTIVE WORK ORDERS”
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk membangkitkan keperluan meminta akta-akta berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan supaya "Corrective Work Orders" boleh dilaksanakan untuk mereka yang membuang sampah secara berleluasa atau mengotorkan persekitarannya?
215) STATUS PROJEK TEBATAN BANJIR JPS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa projek Tebatan Banjir JPS yang belum dapat dilaksanakan atau diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan?
-
Apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan projek-projek infrastruktur tidak keluar daripada jadual masa yang ditetapkan?
216) ISU KILANG DALAM KAMPUNG BARU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Masalah percampuran kilang dan perumahan dalam kampung baru telah menyebabkan banyak masalah seperti kacau ganggu, lesen tidak dapat dipohon atau diperbaharui dan kawasan tidak tersusun. Apakah usaha dan tindakan akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?
217) PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisma penyelarasan antara pejabat-pejabat daerah bagi mengatasi masalah yang timbul berkaitan dengan kelulusan lesen kuari, lesen pengeluaran pasir dan isu laluan lori-lori yang merentas daerah?
218) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DI KAMPUNG KOSKAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Ini adalah antara projek rumah terbengkalai di dalam DUN saya.apakah status terkini berhubung dengan kelulusan infra?
-
Juga terdapat cadangan untuk projek pembesaran kampung dan juga projek pembesaran jalan utama di kampung terbabit.apakah status terkini?
219) PENDUDUKAN HARAM DI TANAH KERAJAAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan usaha Kerajaan dalam menangani isu ini?
-
Adakah Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian hakmilik kepada mereka yang telah menduduki dan/atau mengusahakan tanah Kerajaan jika mereka membuat permohonan?
220) TEKNOLOGI PEMODENAN PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat kajian dan penggunaan teknologi atau mekanisme baharu dalam meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian dalam negeri?
-
Apakah usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri dengan pihak ÊKementerian untuk memajukan sektor pertanian bagi menjana pertumbuhan ekonomi bersifat jangka panjang?