Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
81) EKO PELANCONGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan dalam usaha menaikkan kawasan Hulu Selangor sebagai kawasan eko pelancongan tahun ini?
-
Nyatakan jumlah kos yang sudah digunakan untuk tujuan promosi pelancongan
82) HALAL INTERNATIONAL SELANGOR (HIS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status program Halal International Selangor (his) di dalam dan luar negeri?
83) JUMLAH PENGANGGUR DI DAERAH-DAERAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah penganggur mengikut statistik terkini ( jika ada )?
84) SSDU DAN KAWALAN PENCEMARAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dalam mengesan dan membendung pencemaran air sungai dan pencemaran udara, khususnya yang berpunca daripada pembakaran terbuka? Senaraikan teknologi yang telah diguna dan kos yang terlibat untuk tujuan ini?
85) PEMERKASAAN USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi membantu usahawan kecil dan sederhana untuk meluaskan pasaran produk di peringkat nasional dan antarabangsa?
-
Bagaimanakah usahawan boleh dibantu dalam bentuk penambahan pengetahuan dan kemahiran?
-
Apa langkah kerajaan bagi merapatkan jurang pencapaian antara setiap usahawan?
86) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan bahawa penjaga boleh terdiri daripada JIRAN?
-
Bagaimanakah kerajaan dapat bantu untuk mendaftarkan rakyat yang tiada anak, saudara dan pertubuhan?
87) KEMAHIRAN ADVOKASI PWB
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sejak 2018, berapa program advokasi dan perundangan dan pengetahuan hak wanita diadakan di peringkat PWB untuk semua DUN?
-
Berapa peserta telah dilatih sehingga September 2019?
-
Apa rancangan oleh Standco Wanita untuk menambahbaik lagi program ini?
88) JALAN PINTAS HULU CHUCHOH KE KLIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek jalan pintas KLIA2 ke Sungai Pelek yang mana laluan cadangan melalui tanah MAB ?
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri melalui MB Incorporated atau syarikat swasta lain yang berminat untuk menaik taraf jalan tersebut melalui projek CSR?
89) BAZAAR DARUL EHSAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Bazar Darul Ehsan di jalan Kanchong Darat telah lama terbiar dan banyak kerosakan di dalam dan di luar bangunan. Apakah tindakan atau perancangan EXCO usahawan berkaitan bangunan tersebut?
90) TAPAK WARISAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah tapak warisan yang telah diwartakan di Negeri Selangor mengikut daerah?
-
Apakah inisiatif dan pelaburan Kerajaan Negeri dalam usaha pemuliharaan dan promosi pelancongan tapak warisan yang terdapat di negeri ini?