Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

201) PERTAMBAHAN PERUNTUKAN DUN UNTUK KAWASAN YANG ADA KENAIKAN LUARBIASA JUMLAH PENGUNDI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Disebabkan persempadanan semula sempadan DUN yang tidak adil, maka terdapat kawasan dengan jumlah pengundi yang luarbiasa, seperti di DUN Subang Jaya, Bukit Lanjan dan Kinrara. Apa yang harus dibuat oleh Kerajaan untuk mengurangkan jurang dari segi belanjawan dan peruntukan negeri?

    Klik jawapan »

202) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Selain daripada aspek ekonomi, adakah Kerajaan Selangor merancang memberi skop perkhidmatan yang lebih luas kepada PWB seperti mengadakan latihan cara mengatasi masalah-masalah jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak kepada penyelia PWB dan menjadikan mereka satu koordinator di antara rakyat dan kerajaan?

    Klik jawapan »

203) JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SEMULA HIGHLAND TOWERS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Kerajaan terhadap perancangan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers?

    Klik jawapan »

204) ISU TANAH KAMPUNG SRI TANJUNG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini perkembangan penyerahan hak tanah kepada peneroka Kampung Sri Tanjung?

    Klik jawapan »

205) PENGURUSAN SAMPAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah pembaharuan dalam pengurusan sampah di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pelan jangka masa pendek dan panjang Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu longgokan sampah?

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah peruntukan untuk memperbaiki mutu pengurusan sampah pada tahun 2019.

    Klik jawapan »

206) 30% KUOTA WANITA DALAM GLC

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah peratusan Wanita dalam tahap pengurusan dalam GLC Negeri Selangor (termasuk MBI).

    Klik jawapan »

  2. Apa cadangan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kuota wanita dalam GLC-GLC tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri mewajibkan kod anti-gangguan seksual digunakan dalam semua GLC

    Klik jawapan »

207) PROJEK UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat projek-projek ICU di Selangor? Jika ya, nyatakan jumlah projek-projek ICU yang sedang dilaksanakan mengikut daerah.

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya Pejabat Daerah/Tanah menguruskan projek-projek ICU? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Klik jawapan »

208) KESELAMATAN WARGA TEMPATAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisme bagi mengawal kewujudan komuniti-komuniti warga asing di sesuatu kawasan sehingga kehadiran komuniti ini menimbulkan rasa tidak selesa dan aman di kalangan rakyat tempatan?

    Klik jawapan »

209) JALAN RAYA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor

Kategori: Mulut


  1. Berapa peruntukan membaiki dan menaiktaraf jalan raya telah disalurkan dari 2016-2018? Senaraikan mengikut PBT

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana kerajaan mengatasi jalan kerap pecah dan berlubang? Apakah ada usaha-usaha menggunakan bahan lebih baik bagi mengatasi masalah yang dinyatakan?

210) KONVENSYEN ANTARABANGSA MENGENAI PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI KAUM (ICERD)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan pendirian Kerajaan Negeri Selangor ke atas tindakan kerajaan Persekutuan mahu meratifikasi ICERD yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan di Jabatan Perdana Menteri?