Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor 2005

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

7

Tajuk

Keanggotaan Perbadanan
7 [1]

Perbadanan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut—
(a) seorang Pengerusi yang ianya hendaklah orang yang pada
masa itu memegang jawatan Menteri Besar Selangor;
(b) seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;
(c) enam orang ahli ex-officio dan mereka itu hendaklah
orang-orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatan Penasihat Undang-
Undang Negeri, jawatan Pegawai Kewangan Negeri,jawatan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, jawatan Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan jawatan Pengarah Perhutanan Negeri;
(d) seorang wakil daripada Jawatankuasa Penasihat Teknikal yang ditubuh di bawah seksyen 8 Enakmen ini;
(e) tidak lebih daripada enam orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

7 [2]

Seseorang ahli selain yang disebut dalam perenggan-perenggan
(a), (b), (c) dan (d) dalam subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau sebagaimana yang ditetapkan dalam surat pelantikannya dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan surat bertulis yang ditandatangani dan dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor.

7 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa membatalkan jawatan mana-mana ahli selain ahli yang dilantik kerana jawatannya tanpa memberi apa-apa sebab.

7 [4]

Sesuatu kekosongan boleh dipenuhi oleh sesiapa jua yang
dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri; Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua tindakan atau langkah-
langkah Perbadanan boleh menjadi tidak sah atau menyalahi undang-undang hanya oleh sebab sesuatu kekosongan semasa tindakan atau langkah-langkah pembicaraan itu diambil oleh Perbadanan.

7 [5]

Ahli-ahli boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

7 [6]

Peruntukan-peruntukan Jadual adalah terpakai bagi
Perbadanan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.