Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor 2005

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

32

Tajuk

Memulangkan sementara barang yang disita
32 [1]

Jika apa-apa barang telah disita di bawah seksyen 30,
Pengarah Taman Negeri Selangor, pegawai Perbadanan yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, mengikut budibicaranya, melepaskan barang itu untuk sementara waktu kepada empunya tertakluk kepada apa-apa
terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai itu dan tertakluk, kepada jaminan yang secukupnya diberi dengan memuaskan hati pegawai itu, bahawa barang itu hendaklah diserahkan
kepadanya apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.

32 [2]

Mana-mana orang yang—
(a) apabila diminta, tidak menyerahkan kepada Pengarah Taman Negeri Selangor, pegawai Perbadanan yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor barang yang dipulangkan untuk sementara waktu kepadanya di bawah subseksyen (1); dan
(b) tidak mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), adalah bersalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-
duanya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.