ENAKMEN TABUNG AMANAH WARISAN ANAK SELANGOR 2015

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

3

Tajuk

Lembaga Tabung Amanah Warisan Anak Selangor
3 [1]

Suatu lembaga yang dikenali sebagai “Lembaga Tabung Amanah Warisan Anak Selangor” ditubuhkan.

3 [2]

Lembaga berfungsi untuk mentadbirkan kumpulan wang dan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, bagi atau berkaitan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Enakmen ini.

3 [3]

Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:
(a) Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi;(b) Pegawai Kewangan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi;
(c) Penasihat Undang-Undang Negeri;
(d) Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan);
(e) Timbalan Pegawai Kewangan Negeri sebagai Setiausaha;
(f) Bendahari Negeri sebagai Bendahari; dan
(g) dua orang ahli yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang perniagaan, kewangan atau pelaburan.

3 [4]

Ahli Lembaga di bawah perenggan (3)(g) hendaklah dilantik oleh Menteri Besar.

3 [5]

Lembaga boleh, melalui surat cara bertulis, mewakilkan kepada mana-mana orang segala atau mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

3 [6]

Lembaga boleh membayar setiap ahli Lembaga apa-apa elaun perjalanan, elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun yang disifatkan wajar, mengikut kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Besar dari semasa ke semasa.

3 [7]

Tertakluk kepada Enakmen ini, Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia prosidingnya.

3 [8]

Ahli Lembaga di bawah perenggan (3)(g), semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Enakmen ini, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.