Enakmen Industri Berasas Kayu 1985

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

18

Tajuk

Pelucuthakkan barang- barang yang disita.
18 [1]

Apa-apa benda yang disita di bawah Enakmen ini boleh dikenakan lucuthak.

18 [2]

Jika apa-apa benda telah disita di bawah Enakmen ini, seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan untuk sementara benda itu kepada pemunya benda tersebut apabila diberi jaminan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dibawa ke hadapan mahkamah di mana beliau atau mahkamah boleh menghendakinya

18 [3]

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau bagi melepaskan apa-apa benda yang boleh dikenakan lucuthak di bawah Enakmen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenai benda itu telah diadakan dan suatu perintah bagi melucuthakkan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati  mahkamah  bahawa suatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu

18 [4]

Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai benda yang disita di bawah Enakmen ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucuthak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika sebelum tarikh itu mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu dan bahawa benda itu tidak boleh dikenakan lucuthak telah dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi notis bertulis kepada pegawai hutan atau pegawai polis yang dalam miliknya benda itu berada menyatakan bahawa dia menuntut benda itu.

18 [5]

Apabila notis di ba›tah subseksyen (4) diterima, pegawai hutan atau pegawai polis, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengarah yang boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai itu merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Sesyen untuk diputuskan.

18 [6]

Yang Dipertua Mahkamah Sesyen yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu serta orang yang da¿ipadanya benda itu disita supaya  hadir di hadapannya dan apabila orang itu hadir atau ingkar hadir Yang Dipertua itu hendaklah meneruskan pemeriksaan ke atas perkara itu, dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Enakmen ini dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan atau jika tidak ada bukti boleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan

18 [7]

Semua benda yang dilucuthakkan di bawah Enakmen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Hutan Daerah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengarah

18 [8]

Jika apa-apa benda yang disita di bawah Enakmen ini adalah daripada jenis mudah rosak atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semulajadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesulitan yang tidak  munasabah, atau dipercayai menyebabkan galangan atau bencana kepada orang awam, Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan dipegang ‘bagi mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan  atau  tuntutan  di bawah seksyen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.