Enakmen Dewan Negeri (Saraan Ahli-ahli) (Pengesahan dan Tanggungrugi) 1976

Seksyen

2

Tajuk

Pengesahan bagi Perbuatan-perbuatan yang Telah Dilakukan
2 [1]

Walau apapun peruntukan-peruntukan perenggan (d), (f) dan (g) Jadual Pertama kepada Enakmen Dewan Negeri (Saraan Ahli-ahli), 1959 pembayaran-pembayaran yang dinyatakan dalam Jadual kepada Enakmen itu yang dibuat kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Harun bin Haji Idris, Menteri Besar Selangor yang dahulu yang berupa sebagai gaji, wang-sewa, elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaannya yang diberi dalam tempoh mulai dari 7 haribulan Januari, 1976 hingga 26 haribulan Mac, 1976 semasa bercuti dengan kebenaran hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat dengan sah.

2 [2]

Tiada apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan pada melaksanakan pembayaran-pembayaran dan keistimewaan-keistimewaan itu oleh mana-mana pegawai Perbendaharaan Negeri atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor atau oleh mana-mana orang lain yang bertindak di bawah arahan Pegawai Kewangan Negeri atau Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor boleh, jika perbuatan atau perkara itu telah dilakukan bona fide menurut Enakmen ini, mengenakan ke atas dirinya sendiri apa-apa jua tanggungan, tuntutan, tindakan tatatertib, sercaj atau permintaan.

 

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.